Showing posts with label SoMalaysian. Show all posts
Showing posts with label SoMalaysian. Show all posts

Monday, September 07, 2009

Eh! Kenapa tak puasa?

Kenapa ada orang yang tak puasa?

Kalau ditanya pada golongan hawa, jawapan mestilah akan mempersalahkan kejadian hal2 wanita yang tak dapat dielakkan. Jadi tak hairan bila dalam sebulan berpuasa, mesti ada seminggu yang terpaksa di skipped.

Tapi kalau golongan adam macam mana?

Mungkin ada sakit gastrik yang melampau kot. Jadi atas nasihat dokter, tak dapat nak jalankan ibadah berpuasa. Atau pun, keadaan fizikal dan kesihatan yang tak mampu. Kan dalam Al-Quran ada kecualikan berpuasa untuk segelintir golongan. Nak tahu? Sila tengok sini.

Tapi kalau keadaan seseorang itu sihat walafiat. Tak nampak sakit langsung. Tak mengandung atau menyusukan anak. Langsung takde ciri2 yang boleh terkecuali dari berpuasa, tapi sedang sedap menjamah nasi berlauk di tengahari.

Apa kau orang buat?

Kalau ditanya, alasan2 yang akan diberi....

1. "Tak tahan lah. Lapar.." If budak yang umur 10 tahun pun boleh berpuasa penuh. Kenapa tidak kau yang dah boleh cari nafkah sendiri?

2. "Kerja aku stress lah. Takde rokok kerja tak jalan!" Askar yang pergi berperang pun puasa. Kau ingat pergi berperang tu tak stress ke?

3. "Sakit perut lah. Gastrik. Ugghh....ugghh..." Takkan lah sepanjang bulan Ramadhan ni kau gastrik kaan? Gedik!

Itu di antara alasan yang pernah didengar. Sejujurnya, dulu pernah juga skipped puasa tanpa sebab yang munasabah. Alasan bodoh lapar kalau dipikir2 balik, sangat tak masuk akal.

Menyesal skipped hari puasa. Pahala satu hari puasa tu tak berbaloi pun kalau diganti dengan Carl's Junior's Burger atau dengan rokok sekotak. Menyesal weh, menyesal~ tobat tak nak buat lagi!

Lagipun, tak malu ke dengan adik2 kecil yang dapat berpuasa penuh? Ish!




TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Wednesday, September 02, 2009

Ini Entry Serius.

Pernah tak kawan2 non-muslim kau orang tanya tentang agama Islam pada kau orang? Tentang kewujudan Allah SWT? Tentang isi kandung Al-Quran? Tentang kenapa perlu sembahyang 5 waktu? Tentang kenapa perlu puasa? dan apa itu syurga dan neraka dalam Islam?

Pernah?

Seumur hidup aku, takde seorang pun kawan non-muslim aku yang tanya. Mereka macam faham yang kadang2 berbual pasal agama itu sensitif. Dan mereka hormat agama Islam. Sama macam aku hormat agama mereka.

Tapi tadi waktu duduk minum di Starbucks (ceh! sopan gila cakap duduk minum, padahal duduk melepak. HAHA!), ada this 1 group of friends tengah berdebat pasal Islam. Diorang bertiga. And seorang je melayu islam.

Mula2 kawan yang non-muslim ni buka topik pasal mamat kat Afghan yang kena potong hidung dan telinga sebab pergi mengundi. Dia persoal kenapa hidung mamat tu dipotong oleh manusia taliban yang beragama Islam.

Sebab tempat duduk mereka tak sampai 100 meter dari tempat duduk aku, so boleh dengar apa yang diorang cakap. Lagipun, diorang ada pasang microphone kecil kat mulut diorang. So satu Starbucks boleh dengar diorang berdebat.(Ini sarcastic namanya)

Si kawan yang muslim pun jawab dengan confidennya yang manusia Taliban ini bukan semuanya Islam. dan yang Islam adalah golongan Islam Quraisy.

*sila angkat kening*

Tengok pada perwatakan, aku rasa mereka ni budak lepasan sekolah. Si kawan muslim ni mungkin nak menegakkan kebenaran Islam. Tapi terpesong sikit. Yang si kawan non-muslim ini pula bermati-matian cakap Islam ini salah. Mungkin sebab apa yang berlaku pada dunia sekarang.

Tapi tak payah lah sampai nak tanya pada si kawan yang muslim ini "Kau confirm ke Al-Quran tu betul?"

Honestly, I was pissed & annoyed with these 2 kids yang terang2 nampak sangat bodoh dan rempit. Tapi cuba berdebat perkara yang serius macam tu.

Tolong buat researched yang betul sebelum berdebat ye dik? Bukan sebab kau tengok TV dan video di YouTube bermakna kau dah mahir pasal Islam dan agama lain.

Seriously, kalau kau orang dengar statement2 yang keluar dari mulut mereka, confirm kau nak bagi pelempang hikmat payung kesebelas. Dua dua pun cakap merepek. Tapi suara lancang nak mampos! Dasar attention seeker!

Bley terima tak bila dia orang cakap,

"Kenapa kau tak cakap Bible tu betul?"

"Aku lahir sebagai Islam"

"Tapi Nabi Isa AS kristian kan?"

"Mana kau tahu Yahudi tu salah?"

"Tapi moyang atuk nenek Nabi Muhammad SAW sembah berhala juga kan?"

"Bukan semua tentera Taliban itu Islam"

"Ada tentera AS yang kena hantar perang kat Iraq tu Islam"

Kau yang duduk kat sebelah tu tak rasa nak bangun lalu baling je kerusi Starbucks kat kepala diorang? Nasib baik aku ni waras lagi kot, cuma mampu tengok lalu geleng kepala je dengar debat yang takde motif tu.

Mungkin aku ni tak handal dalam Islam. Sangat cetek pengetahuan pasal Islam. Tapi sikit2 tu aku boleh lah. Dan aku bangga jadi Islam. Mungkin hanya Islam pada nama. Tapi aku tetap berusaha nak jadi Islam sejati.

Aku Percaya pada Allah SWT.
Aku Percaya pada Rasul & Nabi.
Aku Percaya pada Malaikat-Malaikat.
Aku Percaya pada Kitab-Kitab.
Aku Percaya pada Qada' & Qadar.

Aku Percaya Aku Islam.

Dan tak pernah sekali pun aku mengutuk agama lain dan berdebat dengan mereka yang bukan Islam tentang kepercayaan agama mereka. Sebab aku hormat agama mereka. Dan aku nak mereka juga hormat agama Islam.

Kesimpulannya, tak boleh ke kalau kita duduk dalam dunia ini dan hormat antara satu sama yang lain?

Biarlah mereka dengan cara mereka dan kita dengan cara kita. Jika mereka bertanya, kita jawab dengan sopan. Jangan merendahkan mereka. Islam itu tak memaksa. Islam itu indah.

Jadi, tolong jangan kaitkan orang2 yang takde otak dan berperangai tak semenggah dengan ajaran agama. Sebab kalau hati itu busuk hitam legam, agama teragung pun tak boleh bantu walau macam mana pun mereka claimed yang mereka alim agama.

Boleh tak?


Ini cuma pandangan cetek aku je. If you do not agree, then pls just leave this entry alone.

Peace No War. =)


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Tuesday, September 01, 2009

Membeli Belah di Tesco. =)

Entri Merdeka semalam tu baru dipostkan hari ni. Alasan? Lupa! Ish...!

Lama pula blog tak ada tulisan baru. Nak kata sibuk hujung minggu lepas? Tak pula. Siap boleh bangun pukul 2.30pm untuk 3 hari berturut-turut okay? Memang muka bantal tak hengat punya la....

Sabtu lepas buat parti masak2 bersama kakak ipar dan adik2. =D

Dah lama tak masak lauk weh.

So memang tak sabar bila mama cakap menu kali ni Ayam Masak Lemak Cili Api & Udang Masak Merah. Siap bagi list barang2 untuk dibeli. Walaupun bangun lewat hari tu, tapi still berkobar-kobar nak pergi beli raw material kat Tesco.

Offer lagi jadi driver troli taw! Aawww! LOL!

Ingatkan bulan puasa tak ramai lah umat yang pergi Tesco. Oh sungguh meleset tekaan ku. Penuh gila! Nak cari parking pun sampai 30minit. Bila dah masuk, lagi lah macam haram penuh dia. Bayangkan kalau 50 buah kereta. 1 buah boleh muat 5 orang. Itu pun dah 250 orang dalam Tesco.

Kalau 500 buah kereta??!! tak ke traffic jam juga kat dalam Tesco tu?

Tapi bulan puasa kan? Jadi haruslah sentiasa bersabar. Walaupun dah macam macam bau kan kat dalam tu. LOL!



Adik adik yang sedang memilih ikan. Gila gempak kan? XD




Barang barang yang dibeli sebelum ditambah dengan ayam & ikan & monchie wonchies~




Dialog,
Ezrin : Kita nak beli ikan ape ni dik?
Ezwin : Mama suruh beli ikan.
Ezrin : Yelah, ikan ape?
Ezwin : Ikaaaaann....entah~ (^______^")


Sabar je lah!


Anyway, sekarang ni dunia dah maju. Jadi banyak raw material yang dah maju juga. Contoh paling senang, cili boh. Dah ada yang siap berpaket dah. Tak payah nak potong, basuh, masak lalu blend. Leceh!

Or ayam dan ikan yang dah siap disiang dan dipaket kan. Siap ikut size & jenis lagi.

Jadi, hairan tak bila ada yang still nak beli cili kering lalu DIY cili boh kat rumah. atau beli ayam sekor sekor & siang sendiri di rumah. Or siang ikan lepas tu mengadu jari kena tusuk dengan tulang?

Kenapa nak susah kan diri guna cara lama? Tapi lepas tu mengadu nak guna teknologi canggih. Tak paham lah!

Mungkin ada yang rasa cili boh yang diblend sendiri lagi sedap. Memang! Tapi takkan lah semua cili boh yang siap diproses tu tak sedap. Kalau semua tak sedap, celah mana pulak boleh dapat sale dol?

And hari tu juga terjumpa satu penemuan baru. Ikan dalam packaging. Tapi bukan difilet tau. Dalam packaging tu ada ikan sekor sekor. Nampak fresh lagi!



Sila tengok betul2 ye? Yang korang nampak, siap ada mata tu gambar kat packaging je. XD




Harga pun baru RM 5.00 sepeket. Kalau nak dibandingkan dengan harga ikan pameran yang dekat tepi tu.....




RM 4.99 (kira 5 hengget lah tu kan) per KG. Tapi kalau seekor ikan tu beratnya 2KG? Tak ke pasal2 nak bayar RM 10.00 untuk ikan cencaru seekor?


Kalau beli yang dalam packaging tu, dah lah murah, abang2 Tesco dah siap siang lagi ikan tu. Balik rumah boleh terus basuh dan masak. Tak payah susah2 kaan?

Jadi, kau orang masih nak beli ikan ini?



Terkejut tak? *gelak mcm icon emoticon kat bawah tu*

MyEm0.Com



TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Monday, August 10, 2009

Satu Soalan Random.

Kenapa customer tak boleh guna Handphone semasa dalam bank or tengah tunggu giliran, tapi pekerja bank boleh guna Handphone semasa berkerja (maybe bukan kat kaunter, tapi belakang kaunter. but what's the different)?



TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Thursday, June 25, 2009

Adakah kamu Anjing Kurap?

Pernah tak korang baca blog yang sangat annoying? Yang tak reti nak unused Caps Lock? Yang cakap mcm blogger ni die yang punye? Dan yang menyamakan anjing kurap dengan semua orang yang kurang senang dengan perwatakan dia?

Nak baca? then click this --> Azwan Ali's Blog

Dengan ini secara tak langsung, Aida telah menaikkan tahap traffic ke blog Azwan Ali! Fuck that bitch! Was not my intention at all okay! Saje je nak tunjuk kat korg about his blog yang lagi busuk dari sampah ni.

I mean, Azwan, are you fucking serious?

Heran kenape die benci dengan semua org.

Heran kenapa die selamba badak mengaku diri tu Gay tapi kept saying diri tu hamba Allah SWT yang baik.

Heran kenapa suka carutkan orang lain tapi menggelabah bila diri sendiri dicarut org.

Heran kenapa die perasan Diva.

Heran kenapa Diva Gebussss?

Heran kenapa die terlalu bongkak dengan rupa yang macam badut terlebih pkai bedak.

Heran macam mana die boley jadi macam tu.

But then again, ada aku kesah?

bwahahahaahahahahahaha!


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Wednesday, June 10, 2009

Ada Apa Dengan Carutan Babi & Anjing.

First of all, sebelum bace post ini, sila pastikan diri anda tidak berpikiran sempit lobang jamban dan perasan tahap cipan kuasa 14 yg anda ni terer soal agama dan seorang yg baik sebab konon nya anda kaki surau/pakai tudung/tutup aurat/x pegi club/ckp sopan santun atau pun konon nya anda ni tak suka mencarut. sgt bullshit!

Pernah tak korang pikir kenapa perkataan/nama Babi itu dikategorikan sebagai mencarut? Sb Babi tu binatang haram dimakan ke? Klau mcm tu, kenapa ular, harimau, ikan jaws atau kura-kura tak dikategorikan sebagai perkataan mencarut? Haram dimakan jugak kan?

Oh! mungkin sebab dlm Al-Quran ade sebut yg Babi itu haiwan yang haram. Haram untuk dimakan. Haram untuk dipegang kalau (salah satu atau kedua2) dlm keadaan basah. Tapi ape kene mengena dengan carutan? Hanya sebab Babi tu haram ke?

Hmm..klau mcm tu, it means, Spagetthi Straps, Alcohol, Mini Skirts, Riba, Rasuah, itu semua mencarut lah? huh? At this point, korang mesti cakap, "Aida ni dungu ke hape? Lurus sgt! Takkan la sb benda tu haram nk trus kate mencarut?"

Eh???? iyeee keeee???? aku keee yang kateeee? *rolleyes*

Wanna know why tibe2 I decided to write bout Babi & Anjing? Cus yesterday, I saw a cute pup on the side of the road, & being an animal lover, I'd let out a small "awww..so cute!" gesture. and one of my collegue suddenly said, "eh! haram la!"

So? aku tgh jilat ke anjing tu? aku just ckp anjing tu comel je kan? ape yg haram nye? sengal! That "eh! haram la!" statement is totally pisses me off! I mean, I know..itu binatang haram..DIMAKAN!tapi bukan haram disebut kot!

Honestly, I do not understand with this kaum of people. They claim that they live by the guidelines of Islam. Tapi benda mcm ni pun x boleh nk pikir. If you really think that Allah S.W.T betul2 laknat 2 ekor binatang ni, then kenapa pulak DIA nk jadikan 2 ekor binatang ni hidup kt muka bumi ni jugak? x boley pikir ke?

Dah terang lagi bersuluh dlm Al-Quran tu ade tulis cara2 bersamak kalau tersentuh para haiwan(klu basah) tersebut. So, alasan haram itu langsung x boleh digunapakai kalau berlaku certain2 situation, contohnye seperti berikut;

- Anak anjing jatuh dlm parit yang airnya deras. Kau nk biar anak anjing ni mati ke, atau kau nk selamatkan anak anjing ni & kau kene bersamak kemudian?

- Kampung Melaka banjir. Ada seekor babi kecil kt kandang sebelah, si apek x sempat nk angkut naik lori.(x perasan kot sb kecik) Babi kecil tu menjerit2 mintak tolong.Kau buat tak tau je ke?

- Time kau tgh sedap2 mkan kt satu gerai ni, tiba2 dtg sekor anjing. Kurus, cengkung mcm tak mkn 3 hari. Die ddk je tepi gerai tu. x kacau orang. Dalam pinggan kau ade bahagian daging ayam yg kau kureng sket nk mkn. Kau biarkan orang kedai tu buang dlm tong sampah ke, or kau bagi anjing tu mkn?

- Ko kerja dekat Australia. Di bandar yg kecik. Kau jadi vet. The only vet yg ada kt bandar tu. One day dtg sorang mak & anak ni, bwk pet die, a pinglet. Cedera, kena langgar ngan motor. Berdarah2. Pelanggan kau ni dah menangis terburai2 dah ni. Kau nk refuse rawat Babi tu & biar die mati, atau kau nk tolong selamatkan Babi tersebut?

I may not be the person who'd scored A in Agama. tapi at least, aku tau la sebarang dua yang tertulis kat dalam Al-Quran tu. My religous practise may not be perfect, but at least I'm not afraid to admit that I am. I'm still learning. Even now at this moment.

But to those who claimed themself are waaaaay better than I am, tapi lebih prefer mengutuk dan memaki hamun seorang pelacur daripada menolongnya, aku rse its better if you went & check yourself in the mirror tu dlu sebelum menilai org lain. Cus you're obviously.....

NOT.THAT.Better!

Btw, back to the topic...ape yg hina sgt dengan makhluk ciptaan Tuhan yg bernama Babi & Anjing sampai kita nak deny hak die untuk hidup atas muka bumi ni eh? hmmmm.....


notakaki: kan dah ckp~ tangan & otak aida ni x ley nk ddk diam. once trigger..this blog la jadi mangsa! haha! XD


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Wednesday, October 08, 2008

..wut i am trying to say is...

hmm...i am about to complain on my blog again! run!! XD

Memule nk tanye sket, do you smoke? are you a male or a female? what are your thoughts about a female who smoke? is it bad or you just simply dont care? and whats the different does it make if that smoker a male or a female?

in our society(Malaysians), smoking had been one of the main social life. Malaysians had been smoking since god knows when. And from my surveillance, male and female had been smoking equally since then. even now, there are nenek2 yg still smoking. so i dont really get it when some people make a big fuss when they saw a female lighted up a smoke.

Honestly i am a smoker myself. socially. i am not a heavy smoker FYI. i only smoke when im out with my friends or when im driving. cus i easily get sleepy while driving so smoking keeps me awake. and i can sure skip days without smoking and live happily like a normal person does. seriously! i do! i can live without cigarettes for months!

sigh* The thing is, do you judge someone personality by his/her smoking habits? what does smoking had to do with their personality? bukan cuba nk tegakkan benang yang basah. yes! i have to admit that smokers are a part of a bad example for social life and a very bad civilisation human ever created!

When i was a kid, i was taught how smoking was bad for your health. and smoking is no good. and smokers are baaad people~ and i remembered how i used to be that innocent yet stupid little girl who hate smokers. yep! i used to hate them! in fact, i used to label them. without actually knowing the person. hmmm~

But when i started college, i started to open up. accepting people who are smokers as a friend. Male or female, i dun really care. cus i dont judge people on what they do. as long as you not a psychic killer or a suicide bomber, then im ok with u~ XD

so how did the innocent yet stupid girl get involved with this bad habit? well, it was sorta and experiment for myself where i got carried away eventually. tu la, ckp mak tak mo dgr~ haha!

Before, i used to kept my bad habits down low to make sure that my parents wont ever find out. Tapi sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua~ huhu! So now, i smoke freely as i want. well..not exactly that free la! i am not that kurang ajar sampai nk smoke infront of my parents. Just that i am no longer sorok2 la bile smoke kat luar. and i dont mind at all if ternampak anyone that i knew. cus honestly i dont really care wut others might say bout me. even tho i knew that they obviously will tell my parents bout it.like duhh! i just smokes. not that i kill any being for gawd sake! halo?!

i dont understand why is it okay for men to smoke and women who smoke always dipandang 'hina' oleh segelintir orang. while the concicuinces of smoking is obviously the same. for our culture, memanglah tak manis bile orang perempuan merokok. cus women are labeled as the sopan santun dan harus menjaga tata susila (shit talks!XD).but what if she legally wanted to smoke but still keeps her kindness and attitudes towards others and herself, so then, what is the problem?

For the past years, from my experience, not all women(or even men)who smoke, gives bad examples to others. cus some of these people are actually nice and social problems free! they didnt get involve with samseng or freesex or drugs or anything related to that! uuu..like me! haha! seriously! i smoke.i go to clubs. but i dont think that makes me a bad person. and i am also proud to say that i will have my white wedding someday in the future.(if u know wut i mean!XD)

And belive me, ive met some people who doesnt smoke, who didnt go to club or parties, who tots that marijuana is some kind of exotic animals...and they're not nice! some are backstabbers and some even practise free sex! hey! tat is even worst than smoking!

What im trying to say is...i'm probably a smoker but that doesnt make me a bad person...

[sigh] >_<;


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Sunday, August 31, 2008

Selamat Hari Merdeka!

Jam menunjukkan pukul 12.26 pagi, 31 Ogos 2008. 51 tahun negara kite merdeka. hmmm..kenapa tibe2 aida berbahasa melayu? hehe! hari ni kan hari kebangsaan, apa salahnya klau saye berbahasa melayu. hmmm..nak tulis dalam bahasa melayu, tapi ejaan masih rojak lagi! haha! tak pe la..asal bunyi nye melayu sudeh~! ngehehehehe!! XD

mcm klakar la plak aku ckp bahase melayu penuh ni. tapi tu ar..ape nk buat. kate je diri ni merdeka. tapi nk ckp proper BM pun tersekat2! merdeka ke? bebas ke aku ni dari penjajah? tapi tgh dengar lagu jepun~ cemane ni? skarang org malaysia tgh sambut kemerdekaan malaysia yang ke 51 kan? diorang sume keluar rumah, kibar bendera~ hmmm..maybe. tapi, aku kat rumah.dlm bilik.mengadap komputer.dengar lagu morning musume. adik2 aku? abg aku? parents aku? diorang pun kat rumah jugak. tak keluar. tgk tv je kot~

tapi tu la..routine kitorang setiap kali merdeka. duduk rumah. mostly depan tv. tak keluar.kenapa?

abah tak bagi.abah ckp bahaya time2 mcm ni kluar rumah. mcm2 bley jadi. hmmm..make sense gak. mama plak, mmg tak suke pergi tempat2 yg terlampau ramai org. rimas kate die. adik2 aku? anti-social. abg aku? honestly, i have noooo idea!

tapi..kadang2 nak jugak pergi stadium ke, padang mps tu ke atau mane2 lah tempat yg diorang buat sambutan ni. nak gak merasa. nak gak menjerit Merdeka! dulu kat sekolah je~ tapi itupun tak feel sgt. remaja tengah membesar kan mase tu. ape la yg faham sgt pasal merdeka ni. tak abes2 nk memberontak. nak independent konon. tisu lap hingus pun mama yang beli! hakhak! XD

but then i came to think tat, merdeka bukan semata-mata pergi stadium laung merdeka atau kibar bendera Malaysia je. atau pakai baju melayu, baju kurung. menjerit benci kan penjajah. tak! i really dun think of it tat way.

Merdeka..bagi aku, is tat person itself. care die berfikir. mentality die. bukan gaya hidup atau pegangan die atau taraf hidup die.

tak semestinya org kaya itu sombong, tapi tak semestinya org kaya itu berbudi bahasa. tak semestinya org miskin itu baik hati, tapi tak semestinya org miskin itu menipu. slalu nye manusia ni suke menilai dari segi luaran. org ckp, tak kenal maka tak cinta.

tapi...tats wut we call a life. complicated. dan bukan semua manusia itu sempurna.

Happy Independence Day Everyone.

merdeka ke kamu?

saye?...hmmmm...ntah!

XD

~bui~


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Wednesday, August 20, 2008

...and they say said its Bulan Kemerdekaan~

Its August..and august is suppossed to the month of Kemerdekaan. but honestly i can't feel it~ mcm bulan ni takde pape je...except for Beijing's Olimpic. and suprisingly, tis year, mama or abah tak gantung bendera pun lagi~ mmm..nape eh? bz kot..hurmmm.. 0_0?

malaysians pun mebe bz kot~ tak nmpak plak kerete2 pasang bendera. iklan kt tv pun tak byk dh~ urm...petronas takde iklan baru ke? ....xde duit ke? bukan minyak dh naik pada kadar yang tak sepatutnye ke? hurmm...

owh...yeah..i noe y merdeka season tis year is quite gloomy...kan tgh ade politik soap opera paling gempak kat mesia skang nie~ hurmm...mcm cibai kan? XD

bui~


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Sunday, August 10, 2008

Cherry Tree = Pokok Cherry XD

Legend has it that George Washington, America's first president, chopped down a cherry tree in his youth. George gives the tree a good swing and chops it down with an axe. His father sees the damaged tree and asks his son if he knows who did the deed. George is quoted bravely admitting the truth:
"I can't tell a lie, pa. You know I can't tell a lie. I did cut it with my axe."

This is a satire of how some Malaysian politicians circa 2008 may have reacted to the question:

PM Badawi - I did not cut down the tree , I was just taking a nap underneath it.

Najib - I swear that I have never MET that tree.

Hishamuddin - .....but I only own a keris ,not axe, how to cut down the tree.

Dr. Mahathir - Apa nama cherry tree, I chopped it down because , I don't like the idea of Pak lah sleeping under it.

Chua Soi Lek - Yes it was me, I resign as caretaker of this orchard.

VK Lingam - It could be me, it might have been me but I don't think its me.

Anwar Ibrahim - I DID NOT do it, and I am not giving any DNA samples for you to plant on the axe handle.

Khir Toyo - The new state government should just trim the grass and not waste time asking who cut the tree.

Ahmad Said - I chopped it because cherry trees are more expensive to maintain than durian trees.

Azalina Othman - The cherry tree is not included under my tourism MOU so I cut it down besides there were unauthorized signboards put up around the tree.

Shabery Cheek - I challenge you to a debate on tree cutting.

Samy Velu - I chopped it because HINDRAF members were using it as a meeting point

Wira Ali Rustam - We have planted Durian trees for 50 years and we will plant them for another 50 years, we do not need cheery trees, apple trees, pear trees and all these other foreign trees.

Rais Yatim - You must see the bigger picture, Ahmad said cherry trees are expensive to maintain, Ali Rustan said that are against our national identity and I needed to test my new axe, so you see- its a WIN-WIN situation all around.

Sharir Samad - I cut the tree because we could no longer afford to subsidize it.

Karpal Singh - The bigfoot creature did it.

Bung Mokhtar - The big monkey did it

Pandikar Amin Mulia - There is nothing in the standing orders against chopping cherry trees. Kinabatangan duduk, Bukit Gelugor duduk. Sit down.

Khairy Jamaluddin - I did not do it, neither did the mat rempits. By the way, what's a cherry tree ?

Lim Kit Siang - In response to Khairy - cherry tree also you don't know, you are an insult to Oxford.

Nazri Aziz - Racist, racist, racist, when we cut down durian trees nobody made a fuss.

Malaysian Citizens - Oh for heavens sake! Somebody plant something before we all starve to death.

credited from scukz.com


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Tuesday, July 22, 2008

..kenapa kamu lembu?

kenapa kamu lembu?
kerana kamu kurang bijak
kenapa kamu lembu?
kerana kamu berfikir tak guna otak

kenapa kamu lembu?
kerana kamu gila kuasa
kenapa kamu lembu?
kerana kamu cakap saja

kenapa kamu lembu?
kerana buat rakyat merana
kenapa kamu lembu?
duit takde, nk makan mcm mana?

kenapa kamu lembu?
gaji kami sikit, gaji kamu berjuta
kenapa kamu lembu?
minyak naik, kami sengsara

kenapa kamu lembu?
kami jimat,kancil la kereta
kenapa kamu lembu?
kamu naik mercs, senang sentiasa

kenapa kamu lembu?
cerita politik mcm soap opera
kenapa kamu lembu?
cerita rakyat kamu tak kira

kenapa kamu lembu?
mungkin sebab kamu dh serupe lembu
kenapa kamu lembu?
kamu kan memang lembu!

wakakakakaa! gwe merepek je sebenarnye ni~ dh takde mende nk post. sb tu tetibe terkeluar pantun lembu sambil itu menyumpah seranah ape yg patut! huawawawawa! XD


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts