Monday, September 07, 2009

Eh! Kenapa tak puasa?

Kenapa ada orang yang tak puasa?

Kalau ditanya pada golongan hawa, jawapan mestilah akan mempersalahkan kejadian hal2 wanita yang tak dapat dielakkan. Jadi tak hairan bila dalam sebulan berpuasa, mesti ada seminggu yang terpaksa di skipped.

Tapi kalau golongan adam macam mana?

Mungkin ada sakit gastrik yang melampau kot. Jadi atas nasihat dokter, tak dapat nak jalankan ibadah berpuasa. Atau pun, keadaan fizikal dan kesihatan yang tak mampu. Kan dalam Al-Quran ada kecualikan berpuasa untuk segelintir golongan. Nak tahu? Sila tengok sini.

Tapi kalau keadaan seseorang itu sihat walafiat. Tak nampak sakit langsung. Tak mengandung atau menyusukan anak. Langsung takde ciri2 yang boleh terkecuali dari berpuasa, tapi sedang sedap menjamah nasi berlauk di tengahari.

Apa kau orang buat?

Kalau ditanya, alasan2 yang akan diberi....

1. "Tak tahan lah. Lapar.." If budak yang umur 10 tahun pun boleh berpuasa penuh. Kenapa tidak kau yang dah boleh cari nafkah sendiri?

2. "Kerja aku stress lah. Takde rokok kerja tak jalan!" Askar yang pergi berperang pun puasa. Kau ingat pergi berperang tu tak stress ke?

3. "Sakit perut lah. Gastrik. Ugghh....ugghh..." Takkan lah sepanjang bulan Ramadhan ni kau gastrik kaan? Gedik!

Itu di antara alasan yang pernah didengar. Sejujurnya, dulu pernah juga skipped puasa tanpa sebab yang munasabah. Alasan bodoh lapar kalau dipikir2 balik, sangat tak masuk akal.

Menyesal skipped hari puasa. Pahala satu hari puasa tu tak berbaloi pun kalau diganti dengan Carl's Junior's Burger atau dengan rokok sekotak. Menyesal weh, menyesal~ tobat tak nak buat lagi!

Lagipun, tak malu ke dengan adik2 kecil yang dapat berpuasa penuh? Ish!




TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

2 comments :

Nina said...

Betul2. Sekarang lagi ramai org x puasa la. Org besar2 plak tu. Org2 lain dikenali plak tu. Kita plak rase malu.

Slalu x tahan sbb nk merokok la. Saya x merokok so tak tau maybe susah la kot nk tahan dr isap rokok.

Tp alasan lapar tuh mmg tah hape. Dh puasa, mesti la lapar. Dier igt org lain puasa tuh x lapa ke?

aidateddy said...

Saya merokok. Tapi relax je tak isap rokok satu hari. Kalau tak, tahan je la. Dah name pun puasa kan?

and hairan wooo, orang2 yg dah setengah abad pun tak puasa jugak. Mcm mana agaknya dia ajar anak die puasa eh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts