Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Tuesday, September 01, 2009

Membeli Belah di Tesco. =)

Entri Merdeka semalam tu baru dipostkan hari ni. Alasan? Lupa! Ish...!

Lama pula blog tak ada tulisan baru. Nak kata sibuk hujung minggu lepas? Tak pula. Siap boleh bangun pukul 2.30pm untuk 3 hari berturut-turut okay? Memang muka bantal tak hengat punya la....

Sabtu lepas buat parti masak2 bersama kakak ipar dan adik2. =D

Dah lama tak masak lauk weh.

So memang tak sabar bila mama cakap menu kali ni Ayam Masak Lemak Cili Api & Udang Masak Merah. Siap bagi list barang2 untuk dibeli. Walaupun bangun lewat hari tu, tapi still berkobar-kobar nak pergi beli raw material kat Tesco.

Offer lagi jadi driver troli taw! Aawww! LOL!

Ingatkan bulan puasa tak ramai lah umat yang pergi Tesco. Oh sungguh meleset tekaan ku. Penuh gila! Nak cari parking pun sampai 30minit. Bila dah masuk, lagi lah macam haram penuh dia. Bayangkan kalau 50 buah kereta. 1 buah boleh muat 5 orang. Itu pun dah 250 orang dalam Tesco.

Kalau 500 buah kereta??!! tak ke traffic jam juga kat dalam Tesco tu?

Tapi bulan puasa kan? Jadi haruslah sentiasa bersabar. Walaupun dah macam macam bau kan kat dalam tu. LOL!



Adik adik yang sedang memilih ikan. Gila gempak kan? XD




Barang barang yang dibeli sebelum ditambah dengan ayam & ikan & monchie wonchies~




Dialog,
Ezrin : Kita nak beli ikan ape ni dik?
Ezwin : Mama suruh beli ikan.
Ezrin : Yelah, ikan ape?
Ezwin : Ikaaaaann....entah~ (^______^")


Sabar je lah!


Anyway, sekarang ni dunia dah maju. Jadi banyak raw material yang dah maju juga. Contoh paling senang, cili boh. Dah ada yang siap berpaket dah. Tak payah nak potong, basuh, masak lalu blend. Leceh!

Or ayam dan ikan yang dah siap disiang dan dipaket kan. Siap ikut size & jenis lagi.

Jadi, hairan tak bila ada yang still nak beli cili kering lalu DIY cili boh kat rumah. atau beli ayam sekor sekor & siang sendiri di rumah. Or siang ikan lepas tu mengadu jari kena tusuk dengan tulang?

Kenapa nak susah kan diri guna cara lama? Tapi lepas tu mengadu nak guna teknologi canggih. Tak paham lah!

Mungkin ada yang rasa cili boh yang diblend sendiri lagi sedap. Memang! Tapi takkan lah semua cili boh yang siap diproses tu tak sedap. Kalau semua tak sedap, celah mana pulak boleh dapat sale dol?

And hari tu juga terjumpa satu penemuan baru. Ikan dalam packaging. Tapi bukan difilet tau. Dalam packaging tu ada ikan sekor sekor. Nampak fresh lagi!



Sila tengok betul2 ye? Yang korang nampak, siap ada mata tu gambar kat packaging je. XD




Harga pun baru RM 5.00 sepeket. Kalau nak dibandingkan dengan harga ikan pameran yang dekat tepi tu.....




RM 4.99 (kira 5 hengget lah tu kan) per KG. Tapi kalau seekor ikan tu beratnya 2KG? Tak ke pasal2 nak bayar RM 10.00 untuk ikan cencaru seekor?


Kalau beli yang dalam packaging tu, dah lah murah, abang2 Tesco dah siap siang lagi ikan tu. Balik rumah boleh terus basuh dan masak. Tak payah susah2 kaan?

Jadi, kau orang masih nak beli ikan ini?



Terkejut tak? *gelak mcm icon emoticon kat bawah tu*

MyEm0.Com



TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Monday, August 24, 2009

10 perkara paling dibenci (Edisi Shopping Mall)


1. Benci time ada Sale. Dalam shopping mall pun boleh ada traffic jam! Lagi2 Jusco, seremban time weekend. sungguh macam haram~~~~

2. Tak suka beratur panjang2 kat kaunter. Sama ada si cashier buat kerja lembab nak mampos. Atau si pembeli yang bodoh tiba2 terlupa which credit card yang terover limit. Kelapa parut betul! (p/s:sebenarnya nak tulis kepala hotak, tapi tertype kelapa. so just go on with it! ahahahahaaaa!)

3. Bila tengah syok pilih baju, tiba2 keluar kepala budak2 from celah2 baju. Pastue lari keluar and pijak kaki. Sumpah at that time macam nak tarik je kepala budak2 tu & tolak die masuk balik dalam celahan baju. Biar lemas! Puas ati aku! (p/s: i wasn't always tis mean y'all! hahahaha!)

4. And speaking of kids, I hate it when parents just simply let their kids running around the mall unattended. If tak kacau orang lain takpe lah. Tapi ini, sampai punggung aku pun die nak kuis, ape kes? Memang free2 la anak kau kena cubit ngan aku! muahahahahhaaa! Sape soh tak reti jage anak? Padan muka! (p/s: aku paling benci bila orang cakap, "alaa..budak2 kot. Kau macam lah tak pernah jadi budak~," Eh, dengar sini! Memang aku pernah jadi budak, tapi aku tak macam tu kooot! Aku time kecik dulu, nak pergi section toys pun mintak izin mak aku dlu tau!)

5. Benci bila sales person yang terlampau menyibuk. Memang lah job kau untuk layan customer. Tapi bila customer dah cakap "Takpelah. nak tengok je dulu.", meaning kitorang tak perlukan kau. So berambus ar. Yang kau nak kena ikut bontot kitorang tu kenapa? Annoying tau tak?

6. Benci cashier kaunter yang tak reti nak bukak banyak2 bila obviously ramai customer on that day. Tolong jangan bagi alasan, pekerja kau cuti. Sebab kau shopping mall kot! Dah tentu most customer akan datang on weekend. Yang kau bagi pekerja kau cuti saper suruh? Hah! Skang kau jadi cashier!

7. Pernah tak satu hari Sales tu, korang tengah syok2 pilih item untuk dibazirkan duit, ade another customer yang sentiasa JE ada wherever you went? and bila kau pilih baju ni & letak balik, die pun amek & letak balik baju yang sama. Kau nak gi section jeans, die pun pegi tempat yang sama jugak. Benci giler dowh! Seeebboookk!

8. Bila time lunch, semua restaurant penuh! Fast food toksah cakap ar~

9. Parking penuh! sungguh macam haram. Jadi mari kita pun parking haram~~ mehehehehheeee!

10. Kata je discount. Tapi harga boleh buat beli makan lunch seminggu kot~!

Habis~!


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts