Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Monday, September 28, 2009

Cerita dua minggu sudah (Full version)

Okay kali ni boleh update cerita dua minggu sudah dalam full version sebab guna laptop. *senyum chantek*

Cerita 1
Ingat tak dua minggu sudah, i was supposed to meet college friends for berbuka puasa? Setelah plan dengan bersungguh2 kerana dipaksa oleh dua orang askar tak bertauliah..

Siap create special Event Invitation tru Facebook lagi,okay?

Hari yang ditunggu2 pun tiba. But sadly, only Azie & Shaq manage to come on time. Me & everybody else, terpakse terlewat sebab hal2 office yang tak dapat dielakkan ditambah pula dengan keadaan traffic yang kalau ada roti pun jam takkan abes!

.......

oh corny gile lawak aku!

But anyway, even though plan nak berbuka kt Chilli's didn't went smoothly but at least hati sungguh gumbira sebab dapat jumpa dengan semua ahli2 mesyuarat tingkap.

Bahagia gila bila dapat berbuka di Noodle Station dengan Azie, Shaq & Mayna.
Bahagia lagi banyak bila kemudian Mal & Zaid join lepak di Dome.
Kemudian bila plan nak pergi Danau Kota dan Azahir & Mia pun join sama lalu bersahur di McDonald.

hoyeaah! Tapi exclude si Shahrul yang suke buat tragedi MIA last2 minit. comel la konon?

TAK, OKAY!


Cerita 2
Buang tebiat nak pergi Bazaar Ampangan malam2 buta. Semata-mata nak cari kacang salut & bunga api. Lalu berjumpa dengan si Iqmal gendut a.k.a Ashton Kutcher dengan Kak Jun yang hawt! Aww!

Tak lupa juga pada si penculik, En.Zaid & Cik Mia yang berjaya menghiburkan hati yang dikala itu sedang berduka kerana terpaksa lagi TER-Raya awal! Cisss!


Cerita 3
Hari pertama Syawal yang menyakitkan.

Ntah macam mana pagi tu, perut memulas-mulas. Ingat cuma sakit perut biasa. Tapi bila dah melabor nak dekat 3 kali pagi tu, mula rasa tak sedap hati. Kemudian bila dah muntah semua isi perut dalam 2 kali baru lah confirm bahawasanya, Aidateddy sedang mengalami Food Poisoning.

....pagi raya? sungguh tak kelakar weh!

Believe it or not. Hari tu cuma sempat jamah nasi impit + kuah kacang dalam kuantiti yang sangat kecil je. Sebab langsung takde selera. Memang dahsyat food poisoning kali ni.

5 kali muntah weh. Tak pernah muntah banyak kali & teruk macam tu~ (-__-")


Cerita 4
Bila dapat tempiaskan nafsu untuk memiliki handphone Sony Ericsson w995!



Oh! si merah yang kacak. Alangkah bertuahnya diri ini kerana dapat memilikimu~ ooohhh~~ HAHA! sampai macam tu sekali hati ni gumbira tau! Ini adalah addiction yang terbaru.

Sebab phone ini dilengkapi dengan application for Facebook, Blogger, Twitter dan even webbrowser yang terbaik; OperaMini. Memang tangan sentiasa je nak merogol phone ni. Tekan sana, tekan sini. Asal boleh je~ hehe!

And sumpah! Kali ni akan jaga phone ni elok2. Tak mo tragedi berulang kembali! Oh tidak! ngaahahahahah!


Cerita 5
Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!


Ini gambar malam raya. Adik peradik bermain bunga api & mini mercun bersama. Kenapa mini mercun? Sebab bukan dangerous punya. Yang letak atas tanah pastue bakar lalu lari ala2 comel sebelum mercun meletop! HAHA!

Tahun ni beraya kat Seremban je. Sebab abah cakap tahun ni beraya dengan menantu! LOL! Raya kali ni memang macam pelik sikit. Sebab ada new member. And rumah pun penuh sebab semua relatives bertandang kat rumah setelah kami sekeluarga menculik nenek wan! ngahahahhaha!

Tapi tahun ni, duit raya terpaksa dikurangkan pemberiannya. Alasan? Sebab nak beli buah hati berkaler merah tu lah! Sebab tu la duit raya pun terpaksa diberi kurang. Hehe!


eleh...kurang kurang pun, dapat gak kan? duit kt atas tu double okay?! HAHA!

Tahun ni rumah ada buat Open House. Minggu ni on the 3rd. If rasa2 tak busy tu, datang2 la menyinggah ye? I've already sent out invitation via Facebook. =)

Okay. Rasanya habis dah update cerita dua minggu sudah! Puas hatiku~ Puas! bahahahaha! XD


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Monday, September 07, 2009

Eh! Kenapa tak puasa?

Kenapa ada orang yang tak puasa?

Kalau ditanya pada golongan hawa, jawapan mestilah akan mempersalahkan kejadian hal2 wanita yang tak dapat dielakkan. Jadi tak hairan bila dalam sebulan berpuasa, mesti ada seminggu yang terpaksa di skipped.

Tapi kalau golongan adam macam mana?

Mungkin ada sakit gastrik yang melampau kot. Jadi atas nasihat dokter, tak dapat nak jalankan ibadah berpuasa. Atau pun, keadaan fizikal dan kesihatan yang tak mampu. Kan dalam Al-Quran ada kecualikan berpuasa untuk segelintir golongan. Nak tahu? Sila tengok sini.

Tapi kalau keadaan seseorang itu sihat walafiat. Tak nampak sakit langsung. Tak mengandung atau menyusukan anak. Langsung takde ciri2 yang boleh terkecuali dari berpuasa, tapi sedang sedap menjamah nasi berlauk di tengahari.

Apa kau orang buat?

Kalau ditanya, alasan2 yang akan diberi....

1. "Tak tahan lah. Lapar.." If budak yang umur 10 tahun pun boleh berpuasa penuh. Kenapa tidak kau yang dah boleh cari nafkah sendiri?

2. "Kerja aku stress lah. Takde rokok kerja tak jalan!" Askar yang pergi berperang pun puasa. Kau ingat pergi berperang tu tak stress ke?

3. "Sakit perut lah. Gastrik. Ugghh....ugghh..." Takkan lah sepanjang bulan Ramadhan ni kau gastrik kaan? Gedik!

Itu di antara alasan yang pernah didengar. Sejujurnya, dulu pernah juga skipped puasa tanpa sebab yang munasabah. Alasan bodoh lapar kalau dipikir2 balik, sangat tak masuk akal.

Menyesal skipped hari puasa. Pahala satu hari puasa tu tak berbaloi pun kalau diganti dengan Carl's Junior's Burger atau dengan rokok sekotak. Menyesal weh, menyesal~ tobat tak nak buat lagi!

Lagipun, tak malu ke dengan adik2 kecil yang dapat berpuasa penuh? Ish!




TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Sunday, September 06, 2009

Sesi berbuka puasa...=)

Bila datang bulan Ramadhan, semua orang nak buat reunion kan? Macamlah takde bulan lain yang boleh gelak2 & imbas nostalgia kan? Alasan yang selalu diberi, "alah, bulan baik kot. Time tu lah nak jumpa kawan2 lama"

MyEm0.Com ape ape lah!

Honestly, setiap kali bulan Ramadhan pun akan kumpul ramai2 dengan kawan2 sebab nak berbuka bersama. Bukan lame excuse untuk reunion.

Berbuka dengan Aainnaa? Sudah.

Berbuka dengan Dayah? Sudah.

Cuma tinggal Marina, Nanu & college buddies.

So akan saya contact anda semua dalam masa terdekat ye?

I lub youuuuuuu~~~ ngehehehhehehhheheeeeeee!


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Saturday, August 22, 2009

Happy Ramadhan =)

Ceh! Tajuk tak ley blah langsung...bajet nak kena sepak je kan? Itu konon tak nak guna Selamat sebab kononnya cliche la. Sebab semua orang pun guna yang sama. so bajet nak laen dari yang laen lah? GEDIK!!!! *tampar muka sendiri*

Anyway, baru je lepas bace niat puasa untuk sebulan. Senang. Sok2 takut terlupa nak baca. Biarlah kita nie perempuan sekali pun, nnt ade je hari yang wajib di skip puasa....tapi tak salah kot siap sedia bace niat untuk sebulan kan? sebab manelah tau, tiba2 boley puasa penuh la pulak kaaaann? manelah tau~~ hhehehe~~

Korang dah niat ke belum? Niat cepat lah! Esok dah puasa weh!

Honestly, tak sabar nak buka puasa with the whole family. walaupun dalam keadaan tak berapa sehat. akan tetapi, ia tidak menghalang diri untuk berpuasa lalu berbuka kegirangan! muahahahahahaa!

Tak sabar nak bangun sahur!

Tak sabar nak gi bazaar ramadhan!

Tak sabar nak buka puasa!

Best woooo duduk depan TV sambil tunggu azan maghrib. Sebab nanti ada kartun kotak kanak2 baca doa makan.


(^____^)


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Monday, September 01, 2008

Its Ramadhan Al-Mubarak~

Its the first day of fasting.so hows everyone doin? lek ar..baru 1/2 day kot. sket je lagi. petang kang bley gi bazaar ramadhan. beli kuih popiah, air tebu, ayam percik~ fuuuuhh! cedap tuu~~ XD

anyway...im taking this opportunity to say Selamat Berpuasa to every muslim in the world. happy fasting everyone~!

bui~


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts