Tuesday, November 10, 2009

Blog Kosong...Entri pun kosong...

Ntah kenapa kebelakangan ini liat sangat nak tulis di blog. Nak kata idea tak ada, dalam Draft ada 4 entri yang belum dipost. Bukan tak nak post.

Tapi....entri tergantung. Cerita tak habis.

Mungkin dah mula bosan menulis kot?

*mengeluh* =(


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Saturday, October 31, 2009

Oh my lunchie~


Ini lunch hari ini. Sushi, onigiri dgn peanut butter n chocolate waffle. Semua ni beli dkt jusco je. Sebab dah x tau nk mkn ape. Lg pun hari ni saturday, semua restaurant pun penuh. Jadi malas nk menyelit di celahan manusia2 yg kebuluran. Baik tapau je kan? Hehe. So what's ur lunch fr today?



TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Tuesday, October 27, 2009

Kalau sekali sekala, tak apa........kot? eheh!

Jumaat lepas pergi hiburkan hati. Tenangkan fikiran. Ukir senyuman. Nak lapangkan dada. Sambil......

sakitkan kaki. Letihkan badan. Dan hitamkan paru-paru. LOL!

Ini semua disebabkan kebosanan malam Jumaat. Sebab masing2 tak tahu nak buat apa. Sedangkan petang tu dah selamat buat konsert dalam Greenbox selama 3jam. Tapi tak penat2 jugak.

Sebab honestly, karaoke 3 jam sememangnya tak cukup okay!

Jadi sebab itulah keluar plan nakal mahu sehati berdansa di Quattro. Kali terakhir pergi menari adalah sebulan yang lepas.

So kalau nak pergi lagi kali ini, tak apa lah kan? Sekali sekala je. Bukan selalu~ ;p

[alasan bangang gila!]

Tapi sebenarnya, tujuan tulis entri ini sebab nak upload picca ni.....


Kat tepi tu air coke okay~ sorry..kami bukan pemabok!


Sebab tak boleh upload dalam Facebook. Ramai sangat manusia yang mulut longkang dalam tu. Malas aku nak create drama. Bek aku upload dalam blog.

Walaupun blog ni public, tapi aku tak mintak pun kamu, kamu dan kamu datang baca. Tapi kalau dah gatal tangan nak click link aku gak, aku tak dapat ar nak halang kan. Read at your own risk. And mind your own fawking business lah!

Ah! Pape hal pun...aku suka gambar tu! HUEHUEHUE!


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Sunday, October 25, 2009

Hari jalan jalan sedunia~


Hari ni sepatutnya ikut parents pergi segamat. Nak melawat adik yang tersekat di uitm sebab final. Tapi sebab bangun lambat. Jadi kena tinggal.

*sob*sob*

Ah! Tak kisah pun. Sebab aina tiba2 call dan ajak pergi jalan2 cari makan. Yahooo!

Jadi sekarang kami di Old town Cyberjaya, minum petang. Setelah pergi makan di sushi king dan window shopping di the mines.

Hee...macam ni je pun dah gembira~

=)



TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Thursday, October 22, 2009

Eh? Myspace's Tom Joins Facebook?

YUP! You heard that right! Tom Anderson joins Facebook! LOL! Klik sini. Dan saya ada sedikit terasa kerana berita ini keluar hari ini setelah saya post entri pasal Myspace yang overrated semalam.

LOLOL!

Jadi setelah search di Facebook. Terjumpa lah si Tom Myspace ni punya fan page. Bukan profile page seperti yang digembar gemburkan.

Fan page tu claim yang owner adalah Tom Anderson yang betul. Bukan hoax.

Hmm...nak percaya ke?

Ah! abaikan saja~

Tapi apa apa pun. Dah selamat buat ini....








LOLOLOLOLOLOL!!!



TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

News of the weird? u bet!

Setiap pagi sebelum mula bekerja, memang dah jadi rutin untuk check email kemudian baca sebarang dua Yahoo News. Sebab memang suka gila baca Yahoo Odd News yang kadang2 is waaaay to weird.

Tapi memang annoyed gila bila baca article yang macam ni.



Klik gambar untuk saiz besar


Tell me what's the different between those highlighted phrases?

Sakit hati tak bila baca ayat yang sama sampai 3 4 kali dalam satu artikel?

Rasa nak bagi penampar tak pada si penulis?

Hissshh!!!



TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Wednesday, October 21, 2009

Oh myspace sangat overrated!

Setelah hampir setengah tahun tak buka account Myspace, hari ni baru teringat nak buka. Itupun bila inbox yahoo mail penuh dengan friend request yang entah dari siapa ntah!

Rupa rupanya ada lebih 100 notification yang tak tengok lagi. 6 bulan tak bukak kot! haha! Malas gila dowh nak buka myspace. Dah la page berat nak mati. Dengan application yang tak user friendly. Berterabor sana sini. Semak gila!

Cuba teladani Facebook sikit~ kemaaas je. Kaaaan?

Lagipun si Myspace ini tersangatlah urban, sampai penuh dengan golongan2 yang harus diberi muka penampar lalu dilayangkan dengan sidekick penuh power sebab menyalah gunakan kemudahan social networking.

Golongan gigolo & sluts yang mencari sex partner adalah sangat pathetic. Gila desperate!

Golongan rempit yang tak habis2 upload gambar motor, sticker logo gambar entah hape2(siap ada nama bagai) dengan gambar satu geng motor semua pakai sunglasses sambil berdiri peluk tubuh. Tak pun cekak pinggang. Bodoh!

Tapi paling annoying bila view profile budak2 sekolah yang penuh dengan glitters sana sini, gambar sebesar2 alam dan tak reti2 nak un-auto play kan music player. Annoying okay!

Hairan juga bila Myspace-r ini suka add friends randomly. Suka2 je. Tak kenal pun nak add jugak. Honestly, i tak add orang okay!

Tak kuasa!

Only add people yang betul2 kenal je. But suprisingly, people just love to add me to their friendlist. Despite those horibble & sarcastic status i wrote just to keep everyone away from requesting a friend request! Oh ta gune betul!

Sejujurnya, memang nak mengaku yang once upon a time pernah sangat2 addicted to Myspace. Hari2 pun nak bukak. Walaupun during those days takde langsung application or games to play.

Tapi sebenarnya...dulu start blogging pun dari sana. Konon hari2 nak tulis entri baru. Tapi sama je macam blog ini. Kejap ada. Kejap takde. Biskut!



Dah la...END!


Ini belog lama. Entri paling bodoh ever written. Haha!



TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Tuesday, October 20, 2009

Ini bukan kerja aku. Tapi...



Ini keadaan mesin photostat yg x berhenti bekerja sejak 3 jam yang lalu. Supposedly ini x berlaku. Sebab semalam ada hantar barang2 utk di copy setebal 3inci dkt kedai fotostat murah. Jadi sepatutnya semua kerja copying selesai pagi tadi lagi.

Tapi si pandai zuhairi tu, baru perasan yg ada lagi brg2 yg harus dicopy. Seriusly,if dlm 10 keping ke, I wouldn't mind to help at all.

Tapi kalau brg2 tu setebal 4inci? Kau x hangin? Dah lah brg2 ni nak kena submit hari ni. Terpaksalah fotostat guna printer comel ink mahal yg ada dlm ofis ni. Kalau die bagi semua semalam,kan senang aku hanta kedai je trus?

Menyusahkan aku btol la kau ni!

Pasal kerja 2minggu lepas kau ni, buat aku dengan en.zul terpaksa skipped lunch. Aku xpe la lagi. Tapi en.zul tu, dah sampai pening2 kepala dah. Kesian pulak aku tengok orang tua tu.

Sumpah aku bengang gila ngan kau wahai si account executive yang busuk perangai! Kerja kau x siap lagi, tapi kau bley gatal nak pergi isap rokok sebatang dua plak.

Hamboi hamboi~ banyak chantek muka kau!

Get back to work you lame ass fawking moron!!!

Notakaki: sorry. Hari ni tengah pissed off gila!



TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Monday, October 19, 2009

Kalau lah aku kaya gedebak gedebuk....

Sebenarnya dah lama nak tulis entri ni. Tapi asyik terlupa je. Kalau teringat pun, mesti masa tu tengah malas gila. Jadi instead tulis entri baru, cosplay kejap jadi si cipan pemalas. HAHAHA!

Kau orang pernah mimpi jadi kaya tak? Duit turun dari langit macam hujan. Siap jadi kolah. Lalu berenang renang kegumbiraan. Pernah tak?

Tak?

Aku pong!

LOL!

Mesti best kan kalau dapat mimpi macam tu. Eh? tak tak...kalau boleh, nak yang betul2 punya. Baru masyuk kaaaan? Heheheee~

Okay, tujuan sebenar tulis entri ni sebab nak cerita yang hari tu ternampak dua bijik kereta idaman tengah racing sebelah menyebelah lagi.(Tak racing pun. saje je nak kasi UP cerita. HAHAHAH!)

Apa lagi~ capai kamera dan SNAP! Haa..sila tengok~



Ini kereta idaman sejak dari zaman jahiliyah di kolej dulu okay? Tak tau kenapa minat sangat dengan kereta ni. Dulu model Peugeout 206cc. Sekarang tak tau lah ada lagi ke tak. Or probably model tu dah kena re-model kot. Lalu jadi macam dalam gambar tu~

*mengeluh*

Kalau lah tengah kaya gedebak gedebuk akan ku beli dua dua bijik ni sekaligus! Satu bawak gi pasar, satu lagi bawak pergi pekan ahad. HAHAHA!

*mengeluh*


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

AH! Tipu tipu!

Tau tak?

Tak kan...so sila baca.

Cuba tengok tarikh 2 entri terakhir yang baru dipost tadi. Hari ni berapa haribulan? Hehehe! Yea! Memang entri tersebut ditulis pada 13hb Oktober 2009. and baru je post tadi.

Alasan?

Sebab entri tak abes ditulis. Dari minggu lepas duduk berkepuk dalam Draft. Hari ni baru abes tulis. Lalu post terus.

So jangan tertipu lah kalau hari ni tiba-tiba macam terlebih rajin tulis entri banyak2. Sedangkan itu semua hanya mitos semata mata. HAHAHAHAHA!

Okay..dah dah! nak sambung buat kerja!

bai~!


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Tuesday, October 13, 2009

semangat tiba2.

Hari ini tak tahu dari mana datang semangat bekerja yang terlebih kuat. Meja yang sejak dari 3 bulan lepas penuh dengan kerja2 bertimbun habis kosong hari ni.

Semua kerja setel!

Siap buat filing lagi. Tak kisah langsung dengan tahap habuk 3 inci yang bakal mengganggu hidung. Tapi sebab pakai mask ala ultraman. Jadi habuk pun tak dapat menyerang.

Masuk kali ni dah 12 kali keluar masuk toilet cuci tangan. Lupa nak bawak hand sanitizer. hehe!


Ini gambar keadaan meja sebelum empunya jadi rajin tiba-tiba. Bersepah gila okay. Sampai tak ingat letak handphone dekat celah mana!

*cough cough* Hmm...tak yah tenung lama2. Memang tengah main Restaurant City sambil bekerja pun~ LOL!



Gambar selepas dikemas. Siap spray meja dengan Mr.Muscle lagi okay~ Sebab sumpah meja berhabok nak mati. Dengan kesan2 cop sana sini. Haiisshh! Terima Kasih Mr.Muscle! Hoyeah! HAHAHA!


Okaylah~ nak sambung buat kerja balik. habis sudah entri merapu~

END!


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Kisah 1 Weekend

Weekend lepas pergi bercuti gumbira di Melaka. Selepas 3 tahun lebih, baru dapat overnight rumah Dayah. Itupun cuma sempat 1 malam. Memang langsung tak puas. Lain kali nak ambil cuti banyak2. Jadi nanti hari2 boleh pergi pantai! Yay!

Btw, malam Jumaat lepas, Bora Ombak buat Raya Open House. Makanan sungguh heaven! Gila variety! Dari Nasi Goreng Kampung ke Spaghetti Carbonara. OHMYGEWH la kaaan? *leleh2 air liur*

Lepas puas party2 makan baru sedar diri hari dah makin lewat. Jadi terpaksa pulang segera.

Esok pagi2 (pagi la sangat, 12.30pm baru bangun oi!) bergerak pergi Pengkalan Balak, Melaka. Kami lalu ikut PD, sebab lagi dekat. Jadi dapat jimat minyak. Tapi terlupa yang PD tengah sebok dengan pilihan raya bagai. Jalan boleh tahan sesak gak ar.

Bendera penuh sana sini. Semak gila! Tak terperanjat if balik semula ke Seremban esok, PD akan penuh dengan sampah bendera. *rolleyes*

Okay, whatever! Sambung balik cerita. Sampai rumah Dayah around 3pm. Lunch nasi putih lauk daging asam pedas dengan kerang masak sambal. Oooohh!! Heaven! LOL!

Petang tu, Dayah ajak pergi cari kedai Komputer kat Pekan Masjid Tanah. Sebab laptop kesayangan rosak. Assignments pulak menimbun. Jadi harus baiki laptop dengan segera. Tapi heartbroken gila bila takde satu pun kedai Komputer buka.

So without thinking, kitorang gamble je turun Melaka. dengan berpakaian rumah. Comot nak mati. Selekeh okay! Bulu kucing melekat lekat atas baju lagi! AAHH!! ada aku kesah! LOLOLOLOL!



Muka bantal masing masing yang tak bley blah. LOL!


Lepas selesai kerja mencari laptop, Oh! btw, tiada yang mampu baiki laptop antik Dayah selain yang ada di Pekan Masjid Tanah, jadi decided to survey new laptop. Lagipun, memang sudah masanya Dayah beli laptop baru. Sebab serious lappy lama tu antik gile okay!

Haah...sambung cerita balik, lepas selesai laptop hunt...sekali lagi nak gamble jalan2 di bandar Melaka. Mula2 ingat nak gi karaoke dekat Dataran Pahlawan. Tapi bila ingat harga yang cekik darah sampai muntah purple semua, terus tak jadi!

Kemudian pergi Arena. Dayah cakap boleh pusing satu bangunan naik buggy. Gila best!

Sebenarnya ada video bukti kami pergi jalan2 di Arena. Tapi sebab sangat raw. and tak ber-edit lagi. Jadi segan gila nak upload. Ahhahahahaaa~~~ so kamu tak boleh lah nak tengok muka happy kami naik buggy.

Haha! dah laa...dah tak tau nak tulis apa. bui~!


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Thursday, October 08, 2009

Baru balik dari naik Time Machine...

Pagi tadi bangun macam biasa. Dalam kepala confirm yang hari ini hari Khamis, 9hb Oktober. Tapi bila selak handphone, bukak calendar...OMG!!!

DAH HARI JUMAAT?????!!!!!!!! wth??!!

Macam baru je semalam hari Rabu. Tiba-tiba dah Jumaat? Cepat nya masa berlalu. Its almost the end of the year. *sob sob*

Masa tengah syok perasan melayan perasaan hiba yang sedar diri hampir tua ini, i took my secondary phone untuk layan lagu sambil siap2 untuk ke ofis. Bila tiba-tiba terpandang calendar yg sengaja di set sebagai screensaver, kepala terus ter"EEEHHH???"

Kat situ tertera, 'Tuesday, 8th of Oct 2009'.

Capai handphone lagi satu. 'Friday, 9th of Oct 2009'.

Mana yang betul ni? Tangan terus molest tetikus komputer riba yang 0n dari malam tadi. Layangkan mouse pointer pada Jam....keputusan?

Tuesday, 8th of Oct 2009

Rupa rupanya, handphone telah disalah edit Time & Date akibat daripada kegatalan menukar nukar Time Zone. heheheheeee! Jadi hari ini masih lagi hari Khamis~~ hooyeah!

Sebab tu rasa macam baru lepas naik time machine. Haha! XD


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Wednesday, October 07, 2009

Tak ade post baru lagi?

7 hari dah lepas sejak entri terakhir. Kebelakangan ni, tak tau nak isi belog dengan cerita apa. Takde idea. Jadi sekarang sedang selongkar cd2 back up tahun 2004. Nak cari gambar2 lama yang menarik. Manalah tau kan, kalau boleh jadi bahan untuk isi belog.

Heheh! Bertambah lagi lah entri meraban.

Btw, semalam hari ni ulang tahun yang ke-29 untuk Edison Chen. So, Happy Birthday Edi!!

Ceh! Cakap macamlah kawan rapat tepuk tampar dengan si Edison Chen tu. Padahal jumpa pun tak pernah~ *jelir lidah*


Happy Birthday Edi! Saya sangat rindu kamu. Sila lah pulang menjadi aktor berjaya...=(

Apa aku cakap pun dia takkan paham. Ah! Aku tak kesah lah! Blek!

NotaKaki: Walaupun kadang meluat tengok si Edi dengan english accent terlebey dengan style hip hoppers yang poyo tapi tetap sayang beliau. uuuuu~~~



TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Thursday, October 01, 2009

Aku Benci #005



Benci ble firefox bg surat chenta mcm ni.

Yang herannya,kenapa file download boleh berjln dgn lancar? Siap menyempat 3 files sebesar 2GB abes di download dgn tenang. Tp kenapa page x boleh load dgn baek?

Hangin nye!

Adakah kerana sb kejadian earthquake lalu tsunami kemudian typhoon yg sdg mengganas tu? Eyh?

Natural disaster telah rosakkn pge load?

Tp process menyedut files tidak diganggu? Hebat....



TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Wednesday, September 30, 2009

Burger mahal yang sedap.



Ini dinner malam td. Burger en.perancis yg sgt sedap. Walaupn mahal. Tp x kesah,sb cheese yg ada dlm burger tu mmg btol2 hebat!

Sedap!
Lazat!
Delicious!
Muah muah walaweih! LOL!

Burger stall ini satu dlm sejuta je kt seremban. Sb burger adalah homemade. Siap ada size regular n large lg. Dgn chef en.perancis yg entertaining. Die bley cerita psl cheese smpai air liur meleleh lalu tergoda nk order parmesan cheese burger large! Haha!

Klau singgah seremban, jgn lupe bgtau. Boleh I bwk u mkn burger sedap ni~

=)



TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Tuesday, September 29, 2009

Aku Benci #004

LIPASS!!



Ye! Memang aku benci lipas. Insect yang paling aku geli! Bulu roma akan mencanak canak naik kalau ternampak bende alah tu lari2 100km kat atas lantai. Aku geli weh! Geli! Sebab tu la hanya gambar kartun menatang tersebut je yang akan di post dalam entry ni.

Kalau letak gambar betul...sok2 belog ni pun aku tak mo bukak!

Dulu masa zaman jahiliah duduk rumah sewa di Sri Kembangan, kejadian bertembung dengan makhluk2 keji itu amatlah common. Sebab belakang rumah ada semak samun tegar yang tak ditebas oleh orang2 Majlis Perbandaran. Kau malas eh?

Anyway, pernah sekali tu cokelat Cadburry yang dibawa balik ke Sri Kembangan hilang. Satu kotak okay! Ini cokelat bar yang ade perisa Oren & Strawberi tu. Entah macam mana boleh hilang. Walhal, dapur kitorg kecik je. & tinggal pulak bertiga. Tiga2 dah kempunan nak makan. Nak cari? Takkan terjatuh dari almari lalu termasuk bawah peti ais kot? sungguh tak make sense~~

Hari berganti hari, minggu berganti minggu...masa untuk spring clean the house. Sambil2 ubah semua kedudukan perabot. Waktu itu lah, perbuatan keji makhluk durjana itu terbongkar!

Memang kotak cokelat tu dah terselit bawah peti ais. Dengan satu lobang gigitan besar makhluk itu on the side of the box. And cuba bayangkan, beberapa ekor lipas besar & kecil keluar berlari dari dalam kotak cokelat yang nak dihancurkan tu!

OHMYGAWD!!! memang NIGHTMARE OKAY!!!!



Nasib baik racun pembunuh lipas ada dalam tangan. Siap beli untuk satu sorang okay? Tapi Nanu(Ini housemate), memang tak takut langsung dengan makhluk tu. Dia boleh bunuh makhluk keji tu dengan bare hand je. Gila hebat kan?

Btw, lepas spray lipas jahanam tu...tak cukup dengan buih2 spray, kitorang sambung bunuh lipas dengan mengetuk mereka sampai tak bergerak dengan kertas surat khabar lama yang tebal! gahahahahha!

Itu kejadian 3 tahun lepas.

Kejadian minggu lepas pulak, bapak lipas mana ntah masuk dalam bilik aku. Memanglah berderau jantung aku! Yang buat aku bengang sampai nak nangis bila si terrorist tu cuba kejar aku. Memang silap weh! silap!

Lalu aku keluarkan senjata aku!


Racun pembunuh lipas yang hebat! Tembak sekali je. Konfem makhluk tu GONE! wakaka! And believe it or not. Racun yang dispray tu bertahan sampai seminggu. So dalam seminggu, segala makhluk yang lalu kat tempat yang dispray akan GONE jugak! HAHA!

Puas hati aku! Puas! Padan muka kau!

Itu adalah balasan sebab kau kejar aku sampai aku terjatuh lalu lutut terseret pada karpet dan lutut ku pun terluka....

Cisss!


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Monday, September 28, 2009

Cerita dua minggu sudah (Full version)

Okay kali ni boleh update cerita dua minggu sudah dalam full version sebab guna laptop. *senyum chantek*

Cerita 1
Ingat tak dua minggu sudah, i was supposed to meet college friends for berbuka puasa? Setelah plan dengan bersungguh2 kerana dipaksa oleh dua orang askar tak bertauliah..

Siap create special Event Invitation tru Facebook lagi,okay?

Hari yang ditunggu2 pun tiba. But sadly, only Azie & Shaq manage to come on time. Me & everybody else, terpakse terlewat sebab hal2 office yang tak dapat dielakkan ditambah pula dengan keadaan traffic yang kalau ada roti pun jam takkan abes!

.......

oh corny gile lawak aku!

But anyway, even though plan nak berbuka kt Chilli's didn't went smoothly but at least hati sungguh gumbira sebab dapat jumpa dengan semua ahli2 mesyuarat tingkap.

Bahagia gila bila dapat berbuka di Noodle Station dengan Azie, Shaq & Mayna.
Bahagia lagi banyak bila kemudian Mal & Zaid join lepak di Dome.
Kemudian bila plan nak pergi Danau Kota dan Azahir & Mia pun join sama lalu bersahur di McDonald.

hoyeaah! Tapi exclude si Shahrul yang suke buat tragedi MIA last2 minit. comel la konon?

TAK, OKAY!


Cerita 2
Buang tebiat nak pergi Bazaar Ampangan malam2 buta. Semata-mata nak cari kacang salut & bunga api. Lalu berjumpa dengan si Iqmal gendut a.k.a Ashton Kutcher dengan Kak Jun yang hawt! Aww!

Tak lupa juga pada si penculik, En.Zaid & Cik Mia yang berjaya menghiburkan hati yang dikala itu sedang berduka kerana terpaksa lagi TER-Raya awal! Cisss!


Cerita 3
Hari pertama Syawal yang menyakitkan.

Ntah macam mana pagi tu, perut memulas-mulas. Ingat cuma sakit perut biasa. Tapi bila dah melabor nak dekat 3 kali pagi tu, mula rasa tak sedap hati. Kemudian bila dah muntah semua isi perut dalam 2 kali baru lah confirm bahawasanya, Aidateddy sedang mengalami Food Poisoning.

....pagi raya? sungguh tak kelakar weh!

Believe it or not. Hari tu cuma sempat jamah nasi impit + kuah kacang dalam kuantiti yang sangat kecil je. Sebab langsung takde selera. Memang dahsyat food poisoning kali ni.

5 kali muntah weh. Tak pernah muntah banyak kali & teruk macam tu~ (-__-")


Cerita 4
Bila dapat tempiaskan nafsu untuk memiliki handphone Sony Ericsson w995!



Oh! si merah yang kacak. Alangkah bertuahnya diri ini kerana dapat memilikimu~ ooohhh~~ HAHA! sampai macam tu sekali hati ni gumbira tau! Ini adalah addiction yang terbaru.

Sebab phone ini dilengkapi dengan application for Facebook, Blogger, Twitter dan even webbrowser yang terbaik; OperaMini. Memang tangan sentiasa je nak merogol phone ni. Tekan sana, tekan sini. Asal boleh je~ hehe!

And sumpah! Kali ni akan jaga phone ni elok2. Tak mo tragedi berulang kembali! Oh tidak! ngaahahahahah!


Cerita 5
Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!


Ini gambar malam raya. Adik peradik bermain bunga api & mini mercun bersama. Kenapa mini mercun? Sebab bukan dangerous punya. Yang letak atas tanah pastue bakar lalu lari ala2 comel sebelum mercun meletop! HAHA!

Tahun ni beraya kat Seremban je. Sebab abah cakap tahun ni beraya dengan menantu! LOL! Raya kali ni memang macam pelik sikit. Sebab ada new member. And rumah pun penuh sebab semua relatives bertandang kat rumah setelah kami sekeluarga menculik nenek wan! ngahahahhaha!

Tapi tahun ni, duit raya terpaksa dikurangkan pemberiannya. Alasan? Sebab nak beli buah hati berkaler merah tu lah! Sebab tu la duit raya pun terpaksa diberi kurang. Hehe!


eleh...kurang kurang pun, dapat gak kan? duit kt atas tu double okay?! HAHA!

Tahun ni rumah ada buat Open House. Minggu ni on the 3rd. If rasa2 tak busy tu, datang2 la menyinggah ye? I've already sent out invitation via Facebook. =)

Okay. Rasanya habis dah update cerita dua minggu sudah! Puas hatiku~ Puas! bahahahaha! XD


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Goreng nasi atau nasi goreng?



Nampak sedap? 

Memang sedap pun~ 

sebab mama yg masak. Haha! 

Saya cuma tukang gaul je. *buat muka ala2 cute* 

aish~mentang2 dh reti gune live blogging, nk blog every 5minutes plak kan? 

Gedik gile!



TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Cerita dua minggu sudah...



Lamanya tak update blog. Dua minggu lepas memang tersangatlah busy. Nak 0n laptop pn x de mase. Bile dh on, idea plak xde nk update blog. And dh berapa kali pulak janji pada diri, "esok nk update blog, esok nk update blog" tapi smpai hari ni pn cerita dua minggu sudah x ditulis2 lg. Ini pn update gne handphone. Ntah kenapa ble x ddk mengadap laptop, hati ni meronta ronta nk menulis.tp ble laptop dh depan mata, sket ayat pn x terkeluar. Menci!

Heesh! Ble la nk update blog cara n0rmal ni? X suke la ble penyakit M ni terjangkit. Cipan btol!

Notakaki: klu lps ni nk blog cara live blogging pn cm layan kan? Haha! Btw,gmbr kt atas tu hanyalah hiasan semata eh~ candy courtesy of suriachocolate. Sempat aje promo kaaann~ :-*



TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Tuesday, September 22, 2009

Rasanya sempat lagi nak ucap Selamat Hari Raya kan?

Okay so..


Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin


Sorry lama sangat dah tak isi blog ni. Sebok sangat bersiap/mengemas/memasak untuk raya. Janji akan isi blog penuh2 dalam masa terdekat okay? Hari ni tak boleh lagi. Visitor ramai! Heheheheee!

k! chow!

Mari main bunga api~~~~~~~!! XD


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Thursday, September 10, 2009

Houtou = Mee Johor??

Amaran kerajaan Blog Aidateddy; Entri ini diisi dengan gambar2 makanan yang bisa mengkecurkan air liur pembaca. Pembaca yang kurang iman berpuasa diminta hanya membaca selepas waktu berbuka. Terima Kasih.

ei, ni amaran serius tau! tak main main!

jangan degil! Kalau kau orang buka puasa lepas baca entri ni, mak tak tanggung k? puh-lease~~!



Sebenarnya sejak dua menjak ni sangat craving nak makan Houtou. Tapi tak tau mana nak cari yang betul2 truly taste punya shop. Sebab kalau masuk Ichiban Ramen dan order Houtou, baik makan Tom Yam Gong dekat Secret Recipe.

Sushi King? Sushi King yang buat takoyaki rasa macam cekodok goreng tu? Hurmph! Tak pe lah. Tima Kasih je.

Jadi mungkin akan ke Pavillion atau KLCC dan menjejaki restaurant Jepun yang terbaik. Tapi kalau nak yang terbaik, isi kocek juga harus yang terbaik jugak kan? aiyoh! Koyak koyak~~

Nak tau kenapa tiba2 teringin nak makan Hotou?

Sebab hari tu tengok Hello! Morning episod 296 - New Years Overweight Special Unaired Scenes. Ada section pertandingan masak Original Houtou between Team Niigaki & Kamei dengan Team Ishikawa & Konno. Seriously, sangat tempting houtou tersebut.

Terutama houtou original yang dimasak oleh Niigaki Risa & Kamei Eri. Gila nampak sedap nak mati.


Hah! Kan dah kata! Kecur tak air liur? kecur tak? Mesti kau orang nak berbuka dengan Houtou hari ni gak kan? Kalau tak dapat Houtou, Mee Seafood pun jadi la kan? HAHA!


Memang looks sangat tempting kan? Nak tengok Team Ishikawa Rika & Konno Asami's original Houtou pulak?

Kochira~!


Kuro?! Nampak tak sedap? Oh dont judge a book its cover. Kerana dalam pertandingan memasak Houtou tersebut, merekalah pemenangnya! Sebab Team Niigaki nye taste sungguh eww! Sebab di addkan cheese. wtf? Pernah makan sup cheese? LOL!

By the way, this is how a Houtou suppose to look like.


Jadi sebenarnya tujuan tulis entri sebab nak bagitau dek kerana terlampau craving nak makan Houtou, hari tu masa berbuka kat Hotel Seri Malaysia tak jumpa pun mee kari ke, mee soup ke, mee hun tomyam ke...cuma ternampak mee rojak je.

Tapi rupa rupanya, mee rojak tersebut sebenarnya Mee Johor. Jadi tanpa melengah masa, bedal saja mee tersebut sambil berangan makan Houtou.


Mee Rojak yang terlibat

Sedap gak woooo! XD ingat kejap lagi nak goda mama lah berbuka di Secret Recipe. Nak makan Tom Yam Gong~ ngeh ngeh ngeh!


Notakaki: Gambar2 yang diupload terpaksa di downsizekan kebesarannya untuk menghormati bulan ramadhan. So less tempting. =)


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Tuesday, September 08, 2009

Aku Benci #003

Bila Demam & Bersin Tak Berhenti



Bila pagi2 semangat nak pergi kerja. Drive dengan semangat. Sampai office senyum2 sambil ucap Good Morning pada semua orang. Semangat bukak laptop sambil check files2 & surat2 yang ada atas meja.

Tiba-tiba...."HAACHOOOOO!"

Kalau sekali je boleh terima lagi. Tapi kalau dah sampai 5 4 kali dalam seminit. Kau tak hangin. Sampai tisu kat atas meja pun habis. Terpaksa mintak staff lain punya tisu. Ambil satu kotak pulak tu. Orang lain pulak yang hangin nanti.

Lepas tu, tiba-tiba lah pulak tekak kau rasa sakit. Panas. Kering. Bengkak. Nak telan air liur pun rasa perit. Memang confirmlah nak demam kaaan?

Lagi2 bila petang ni dah plan nak gi party2 ngan rakan2. Confirmlah tak dapat follow. Kena kuarantinkan diri lagi. Haiyoh! Tak suke laaaa!

Pastu, nak kena jumpa dokter. Kena makan ubat. Haaaiisshh...tu yang lemah tu. Paling benci makan ubat. Lagi2 kalau dapat ubat anti-biotik yang sebesar penutup pen. Kalau tercekik, sapa nak tanggung hah? hah?

Tapi best bila dapat MC. Sebab tak yah ke office. Boleh tido lama2. Alasan sebab demam. Keh Keh Keh! Tapi cukup benci pulak kalau tak boleh tido if kepala tu pusing2 macam gasing. Tekup ngan bantal pun tak guna. Jadi kena makan panadol lagi. Cisss!

Tulis entry ni sebab, sekarang tengah bersin2 tak berenti. Tisu 1 kotak hampir habis. Tekak pun sakit. Abah suruh balik. Yay!


Tapi benci demam! Ish!

pic credited to Reggiewold.blogspot.com



TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Monday, September 07, 2009

Aku Benci #002

Bas yang berasap tebal hitam legam!



Sakit hati gila bila bawa kereta dibelakang BAS yang macam ni. Asap dah lah tebal hitam melekat! Bau asap sampai terserap dalam kereta. Memanglah sesak nafas sekejap. Sungguh tak kelakar lah wahai BAS!

Terpaksalah bawa kereta 20 meter jauh jarak dari bontot BAS. Kalau tak, mahu nye bahagian depan kereta akan jadi hitam legam jugak dek terkena asap BAS yang macam bedebah itu.

Owner BAS ni tak reti nak pergi repair apa yang patut ke untuk decrease kan asap bedebah tu? Pencemaran udara betul!

Heesshh!


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Eh! Kenapa tak puasa?

Kenapa ada orang yang tak puasa?

Kalau ditanya pada golongan hawa, jawapan mestilah akan mempersalahkan kejadian hal2 wanita yang tak dapat dielakkan. Jadi tak hairan bila dalam sebulan berpuasa, mesti ada seminggu yang terpaksa di skipped.

Tapi kalau golongan adam macam mana?

Mungkin ada sakit gastrik yang melampau kot. Jadi atas nasihat dokter, tak dapat nak jalankan ibadah berpuasa. Atau pun, keadaan fizikal dan kesihatan yang tak mampu. Kan dalam Al-Quran ada kecualikan berpuasa untuk segelintir golongan. Nak tahu? Sila tengok sini.

Tapi kalau keadaan seseorang itu sihat walafiat. Tak nampak sakit langsung. Tak mengandung atau menyusukan anak. Langsung takde ciri2 yang boleh terkecuali dari berpuasa, tapi sedang sedap menjamah nasi berlauk di tengahari.

Apa kau orang buat?

Kalau ditanya, alasan2 yang akan diberi....

1. "Tak tahan lah. Lapar.." If budak yang umur 10 tahun pun boleh berpuasa penuh. Kenapa tidak kau yang dah boleh cari nafkah sendiri?

2. "Kerja aku stress lah. Takde rokok kerja tak jalan!" Askar yang pergi berperang pun puasa. Kau ingat pergi berperang tu tak stress ke?

3. "Sakit perut lah. Gastrik. Ugghh....ugghh..." Takkan lah sepanjang bulan Ramadhan ni kau gastrik kaan? Gedik!

Itu di antara alasan yang pernah didengar. Sejujurnya, dulu pernah juga skipped puasa tanpa sebab yang munasabah. Alasan bodoh lapar kalau dipikir2 balik, sangat tak masuk akal.

Menyesal skipped hari puasa. Pahala satu hari puasa tu tak berbaloi pun kalau diganti dengan Carl's Junior's Burger atau dengan rokok sekotak. Menyesal weh, menyesal~ tobat tak nak buat lagi!

Lagipun, tak malu ke dengan adik2 kecil yang dapat berpuasa penuh? Ish!




TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Aku Benci #001

Bila Internet Macam Haram!

Tadi pagi masuk office, terus cepat2 buka laptop. Sebab En.Areal, dah upload link untuk direct download movie District 9.



Bukan tak mau tengok di panggung. Tapi sumpah takde masa. Dan lagipun sekarang ekonomi sungguh tak stabil. Jadi sekarang tengah sengkek. Nak bayar RM10 tu memang tak mampu. Sedih nye.

So dari pagi tadi jam 9am, dah start download District 9. Time duration yang di agak2 kan adalah dalam 3jam. So rasanya dalam 12pm lebih, movie download akan habis.

Jadi tadi semasa sedang beroperasi di Facebook sambil buat aksi lelap lelap mata seminit dua, tengok status download dah tinggal lagi 4 minit. Hati yang teruja ni pun dah berbunga bunga mimpi nak tengok District 9 malam ni sambil makan kacang.

Tapi tib-tiba macam rasa 4minit tu tak bergerak. Lalu cuba buka Facebook. Click pada Restaurant City. Jantung macam nak pecah bila Mozilla tunjuk page 'Connection Interupted'. Mula tak nak percaya. Maybe mozilla yang gila. Streamyx takde kena mengena.

Cuba refresh.

Lagi.

dan lagi.

Cubaan memang gagal. Streamyx yang macam BABI. Lalu menyerah kalah. Terpaksa redha dengan ketentuan. Kesimpulannya, movie District 9 tadi yang tinggal lagi 100MB untuk di download dan mengambil masa 4 minit telah tereset.

Jadi sekarang tengah download balik. Ada lagi 17 minit sebelum download habis. Jangan lah kau buat hal lagi wahai streamys si bijaksana~! Kalau tak, confirm bulan depan aku tukar P1!

*tengok download status*

15 minit lagi....

*tunggu dengan sabar sambil hidung kembang kempis*

-entry habis-


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Sunday, September 06, 2009

Sesi berbuka puasa...=)

Bila datang bulan Ramadhan, semua orang nak buat reunion kan? Macamlah takde bulan lain yang boleh gelak2 & imbas nostalgia kan? Alasan yang selalu diberi, "alah, bulan baik kot. Time tu lah nak jumpa kawan2 lama"

MyEm0.Com ape ape lah!

Honestly, setiap kali bulan Ramadhan pun akan kumpul ramai2 dengan kawan2 sebab nak berbuka bersama. Bukan lame excuse untuk reunion.

Berbuka dengan Aainnaa? Sudah.

Berbuka dengan Dayah? Sudah.

Cuma tinggal Marina, Nanu & college buddies.

So akan saya contact anda semua dalam masa terdekat ye?

I lub youuuuuuu~~~ ngehehehhehehhheheeeeeee!


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Wednesday, September 02, 2009

Ini Entry Serius.

Pernah tak kawan2 non-muslim kau orang tanya tentang agama Islam pada kau orang? Tentang kewujudan Allah SWT? Tentang isi kandung Al-Quran? Tentang kenapa perlu sembahyang 5 waktu? Tentang kenapa perlu puasa? dan apa itu syurga dan neraka dalam Islam?

Pernah?

Seumur hidup aku, takde seorang pun kawan non-muslim aku yang tanya. Mereka macam faham yang kadang2 berbual pasal agama itu sensitif. Dan mereka hormat agama Islam. Sama macam aku hormat agama mereka.

Tapi tadi waktu duduk minum di Starbucks (ceh! sopan gila cakap duduk minum, padahal duduk melepak. HAHA!), ada this 1 group of friends tengah berdebat pasal Islam. Diorang bertiga. And seorang je melayu islam.

Mula2 kawan yang non-muslim ni buka topik pasal mamat kat Afghan yang kena potong hidung dan telinga sebab pergi mengundi. Dia persoal kenapa hidung mamat tu dipotong oleh manusia taliban yang beragama Islam.

Sebab tempat duduk mereka tak sampai 100 meter dari tempat duduk aku, so boleh dengar apa yang diorang cakap. Lagipun, diorang ada pasang microphone kecil kat mulut diorang. So satu Starbucks boleh dengar diorang berdebat.(Ini sarcastic namanya)

Si kawan yang muslim pun jawab dengan confidennya yang manusia Taliban ini bukan semuanya Islam. dan yang Islam adalah golongan Islam Quraisy.

*sila angkat kening*

Tengok pada perwatakan, aku rasa mereka ni budak lepasan sekolah. Si kawan muslim ni mungkin nak menegakkan kebenaran Islam. Tapi terpesong sikit. Yang si kawan non-muslim ini pula bermati-matian cakap Islam ini salah. Mungkin sebab apa yang berlaku pada dunia sekarang.

Tapi tak payah lah sampai nak tanya pada si kawan yang muslim ini "Kau confirm ke Al-Quran tu betul?"

Honestly, I was pissed & annoyed with these 2 kids yang terang2 nampak sangat bodoh dan rempit. Tapi cuba berdebat perkara yang serius macam tu.

Tolong buat researched yang betul sebelum berdebat ye dik? Bukan sebab kau tengok TV dan video di YouTube bermakna kau dah mahir pasal Islam dan agama lain.

Seriously, kalau kau orang dengar statement2 yang keluar dari mulut mereka, confirm kau nak bagi pelempang hikmat payung kesebelas. Dua dua pun cakap merepek. Tapi suara lancang nak mampos! Dasar attention seeker!

Bley terima tak bila dia orang cakap,

"Kenapa kau tak cakap Bible tu betul?"

"Aku lahir sebagai Islam"

"Tapi Nabi Isa AS kristian kan?"

"Mana kau tahu Yahudi tu salah?"

"Tapi moyang atuk nenek Nabi Muhammad SAW sembah berhala juga kan?"

"Bukan semua tentera Taliban itu Islam"

"Ada tentera AS yang kena hantar perang kat Iraq tu Islam"

Kau yang duduk kat sebelah tu tak rasa nak bangun lalu baling je kerusi Starbucks kat kepala diorang? Nasib baik aku ni waras lagi kot, cuma mampu tengok lalu geleng kepala je dengar debat yang takde motif tu.

Mungkin aku ni tak handal dalam Islam. Sangat cetek pengetahuan pasal Islam. Tapi sikit2 tu aku boleh lah. Dan aku bangga jadi Islam. Mungkin hanya Islam pada nama. Tapi aku tetap berusaha nak jadi Islam sejati.

Aku Percaya pada Allah SWT.
Aku Percaya pada Rasul & Nabi.
Aku Percaya pada Malaikat-Malaikat.
Aku Percaya pada Kitab-Kitab.
Aku Percaya pada Qada' & Qadar.

Aku Percaya Aku Islam.

Dan tak pernah sekali pun aku mengutuk agama lain dan berdebat dengan mereka yang bukan Islam tentang kepercayaan agama mereka. Sebab aku hormat agama mereka. Dan aku nak mereka juga hormat agama Islam.

Kesimpulannya, tak boleh ke kalau kita duduk dalam dunia ini dan hormat antara satu sama yang lain?

Biarlah mereka dengan cara mereka dan kita dengan cara kita. Jika mereka bertanya, kita jawab dengan sopan. Jangan merendahkan mereka. Islam itu tak memaksa. Islam itu indah.

Jadi, tolong jangan kaitkan orang2 yang takde otak dan berperangai tak semenggah dengan ajaran agama. Sebab kalau hati itu busuk hitam legam, agama teragung pun tak boleh bantu walau macam mana pun mereka claimed yang mereka alim agama.

Boleh tak?


Ini cuma pandangan cetek aku je. If you do not agree, then pls just leave this entry alone.

Peace No War. =)


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Tahu tak...?

Masa hantar Ezwin balik ke segamat hari tu, Abah pasang radio stesen Light & Easy. Semua lagu oldies. Nostalgia sungguh! Tapi lepas tu, ada satu lagu ni yang dipasang. Haram jadah aku tak tau. Tapi hairan bila dengar adik2 sekali dengan mama nyanyi sama2.

Lalu bertanya,

Saya : Ni lagu apa dik?
Ezrin : Kakngah tak tau?
Saya : Sebab tu tanya kot...
Ezrin : Ni kan lagu lama. Takkan tak tau kot
Saya : Tak tau...
Ezwin : Ala..Beyonce ada nyanyi kat dalam Dreamgirls
Saya : Tak tengok...
Ezwin : Iklan diamonds Beyonce?
Saya : Huh?


Okay, dengar sini tuan2 dan puan2. Memang saya tak tengok pun cerita Dreamgirls. Sebab kurang minat tengok cerita genre sebegitu. And kurang jugak pay attention pada iklan2 di TV. Lagipun, memang bukan fan Beyonce.

Alasan tak tau lagu oldies?

Sebab memang tak tahu. Sikit sangat lagu oldies yang dihafal. Nak suruh nyanyi lagu Elvis? Beetles? Bee Gees? Whitney Houston? Diana Ross? Paula Abdul?

2 ketul lagu boleh lah? Itu pun yang current singers dah buat cover version. Macam 'Uptown Girls' yang Westlife nyanyi or 'Stupid Cupid' yang dinyanyi balik oleh Mandy Moore. Even lagu 'Hey Jude' from Beetles pun dihafal sebab Stefanie Sun buat album cover.

Kalau nak tahu, takde satu pun lagu Micheal Jackson yang dihafal. Kecuali lagu2 yang Alien Ant Farm & Fall Out Boy nyanyikan balik. Dan bila sekarang ni dia dah meninggal, lagu2 dia dipasang balik di radio. And suprisingly Nabil, my anak buah boleh hafal all his songs. And he's only 7!

And I had no idea lagu apa dia nyanyi pun!

Kalau diingat2 balik, dulu masa zaman kanak2 riang, selalu dengar lagu nursery rhyme je. Serious! Nak suruh saya nyanyi lagu 'Old McDonald'? 'This Old Man'? 'Three Blind Mice'? 'Hokey Pokey?'

Owh..boleh saja! Semua tu saya hafal!

MyEm0.Com

So sebab tu bila orang tanya, "Eh, so what song do you grew up listened to?"

I would do this....

MyEm0.Com



TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Tuesday, September 01, 2009

Membeli Belah di Tesco. =)

Entri Merdeka semalam tu baru dipostkan hari ni. Alasan? Lupa! Ish...!

Lama pula blog tak ada tulisan baru. Nak kata sibuk hujung minggu lepas? Tak pula. Siap boleh bangun pukul 2.30pm untuk 3 hari berturut-turut okay? Memang muka bantal tak hengat punya la....

Sabtu lepas buat parti masak2 bersama kakak ipar dan adik2. =D

Dah lama tak masak lauk weh.

So memang tak sabar bila mama cakap menu kali ni Ayam Masak Lemak Cili Api & Udang Masak Merah. Siap bagi list barang2 untuk dibeli. Walaupun bangun lewat hari tu, tapi still berkobar-kobar nak pergi beli raw material kat Tesco.

Offer lagi jadi driver troli taw! Aawww! LOL!

Ingatkan bulan puasa tak ramai lah umat yang pergi Tesco. Oh sungguh meleset tekaan ku. Penuh gila! Nak cari parking pun sampai 30minit. Bila dah masuk, lagi lah macam haram penuh dia. Bayangkan kalau 50 buah kereta. 1 buah boleh muat 5 orang. Itu pun dah 250 orang dalam Tesco.

Kalau 500 buah kereta??!! tak ke traffic jam juga kat dalam Tesco tu?

Tapi bulan puasa kan? Jadi haruslah sentiasa bersabar. Walaupun dah macam macam bau kan kat dalam tu. LOL!



Adik adik yang sedang memilih ikan. Gila gempak kan? XD




Barang barang yang dibeli sebelum ditambah dengan ayam & ikan & monchie wonchies~




Dialog,
Ezrin : Kita nak beli ikan ape ni dik?
Ezwin : Mama suruh beli ikan.
Ezrin : Yelah, ikan ape?
Ezwin : Ikaaaaann....entah~ (^______^")


Sabar je lah!


Anyway, sekarang ni dunia dah maju. Jadi banyak raw material yang dah maju juga. Contoh paling senang, cili boh. Dah ada yang siap berpaket dah. Tak payah nak potong, basuh, masak lalu blend. Leceh!

Or ayam dan ikan yang dah siap disiang dan dipaket kan. Siap ikut size & jenis lagi.

Jadi, hairan tak bila ada yang still nak beli cili kering lalu DIY cili boh kat rumah. atau beli ayam sekor sekor & siang sendiri di rumah. Or siang ikan lepas tu mengadu jari kena tusuk dengan tulang?

Kenapa nak susah kan diri guna cara lama? Tapi lepas tu mengadu nak guna teknologi canggih. Tak paham lah!

Mungkin ada yang rasa cili boh yang diblend sendiri lagi sedap. Memang! Tapi takkan lah semua cili boh yang siap diproses tu tak sedap. Kalau semua tak sedap, celah mana pulak boleh dapat sale dol?

And hari tu juga terjumpa satu penemuan baru. Ikan dalam packaging. Tapi bukan difilet tau. Dalam packaging tu ada ikan sekor sekor. Nampak fresh lagi!



Sila tengok betul2 ye? Yang korang nampak, siap ada mata tu gambar kat packaging je. XD




Harga pun baru RM 5.00 sepeket. Kalau nak dibandingkan dengan harga ikan pameran yang dekat tepi tu.....




RM 4.99 (kira 5 hengget lah tu kan) per KG. Tapi kalau seekor ikan tu beratnya 2KG? Tak ke pasal2 nak bayar RM 10.00 untuk ikan cencaru seekor?


Kalau beli yang dalam packaging tu, dah lah murah, abang2 Tesco dah siap siang lagi ikan tu. Balik rumah boleh terus basuh dan masak. Tak payah susah2 kaan?

Jadi, kau orang masih nak beli ikan ini?



Terkejut tak? *gelak mcm icon emoticon kat bawah tu*

MyEm0.Com



TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Monday, August 31, 2009

Selamat Ulang Tahun Malaysia!!

Hari ini kita sambut hari Merdeka yang ke-52.

Ada beli bendera?

Buat apa malam tadi?

Merdeka tak?

=)


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Thursday, August 27, 2009

Kerana overdose....

Good Morning~!

Ececeh...siap bagi greeting lagi ni! HAHA!

By the way, tak boleh tido ni. Sebab teroverdose minum white coffee semalam waktu berbuka. Jadi langsung tak boleh tido malam tadi. 4 jam guling2 atas katil. Pukul 4.20am dah turun siap2 untuk sahur. Siap bagi makan kucing dulu sebelum tu. Gila penangan white coffee betul!

Harap2 kuasa caffeine ni boleh bertahan sampai esok. Kalau tak mau tersengguk sengguk kat office nanti.

Sebab tak boleh tido, jadi ambil keputusan untuk merompak ladang ladang tanaman rakan-rakan di facebook lalu menjadi kaya raya. MUAHAHAHAHAHAHHAHAAA!

Kemudian boleh lah beli ayam~! Yay! v(^o^)v


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Wednesday, August 26, 2009

Google-ing lagi!

Hari tu takde kerja, lalu google nama sendiri lagi. And guess what I've found!
~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~
An I ♥ Aida Teddy Bear!!!!!



Boleh beli untuk saya? *buat mata ala2 puss in boots*

MyEm0.Com


MyEm0.Com



TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

New Phone?

Handphone lama dah berusia 2 tahun. Masih lagi elok. Jadi wajar ke kalau nak beli handphone baru?

Sebab sendiri guna sampai 2 prepaid line. Satu Hotlink dan yang lagi satu DiGi. Sebab secondary phone adalah nokia model 1100. Sungguh ol'skool!

Jadi kalau boleh mahu beli handphone yang ada wi-fi. So boleh surf 24 jam tanpa henti, everywhere, tanpa perlu bazirkan prepaid kredit. Bukan mengada okay! Cuma kadang2 tu nak beli gadget baru. And nak cuba start live blogging. Sebab macam interesting. =)

Lagipun, gadget lagi penting dari baju baru. Lagi sanggup kumpul duit beli gadget dari berabis ratus2 pada baju or make-up or bags or shoes. Sebab itu kegunaan harian. If ada lagi yang elok buat apa nak beli yang baru kan?

Tapi gagdet ni lain, ia macam satu kepuasan. And kalau sengal, bosan tahap dumbledore mengamuk, boleh on je gadget lalu have fun sampai lebam. Main game dan surf the web itu fun tau tak?

Dari duduk melepak, gosip sana sini, ngorat awek ke, lagi elok main game tau!

Jadi soalan pada hari ini ialah, which handphone to buy?

Adakah Sony Ericsson W995?


atau

Blackberry Bold Diamond? yang mengancam macam anak kucing sexy!




atau pun yang ini,

Blackberry Storm? yang hitam legam elegant menarik lagi tertarik!




Ketiga tiga phone ini memang terhebat! Tapi mestilah Blackberry tetap tak boleh challenge Sony. Disebabkan oleh 8.1 MP camera phone yang hebat itu. Tapi susuk tubuh Blackberry lagi mengancam kan? Sony macam budak sekolah pulak~ Ish!

Jadi, yang mana nak dibeli ni weh? yang mana? Hah? Hah? Hah?

*nyanyi lagu Ajai & Nurul, Keliru*


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts