Showing posts with label Babbling. Show all posts
Showing posts with label Babbling. Show all posts

Tuesday, November 10, 2009

Blog Kosong...Entri pun kosong...

Ntah kenapa kebelakangan ini liat sangat nak tulis di blog. Nak kata idea tak ada, dalam Draft ada 4 entri yang belum dipost. Bukan tak nak post.

Tapi....entri tergantung. Cerita tak habis.

Mungkin dah mula bosan menulis kot?

*mengeluh* =(


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Sunday, October 25, 2009

Hari jalan jalan sedunia~


Hari ni sepatutnya ikut parents pergi segamat. Nak melawat adik yang tersekat di uitm sebab final. Tapi sebab bangun lambat. Jadi kena tinggal.

*sob*sob*

Ah! Tak kisah pun. Sebab aina tiba2 call dan ajak pergi jalan2 cari makan. Yahooo!

Jadi sekarang kami di Old town Cyberjaya, minum petang. Setelah pergi makan di sushi king dan window shopping di the mines.

Hee...macam ni je pun dah gembira~

=)



TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Tuesday, October 20, 2009

Ini bukan kerja aku. Tapi...



Ini keadaan mesin photostat yg x berhenti bekerja sejak 3 jam yang lalu. Supposedly ini x berlaku. Sebab semalam ada hantar barang2 utk di copy setebal 3inci dkt kedai fotostat murah. Jadi sepatutnya semua kerja copying selesai pagi tadi lagi.

Tapi si pandai zuhairi tu, baru perasan yg ada lagi brg2 yg harus dicopy. Seriusly,if dlm 10 keping ke, I wouldn't mind to help at all.

Tapi kalau brg2 tu setebal 4inci? Kau x hangin? Dah lah brg2 ni nak kena submit hari ni. Terpaksalah fotostat guna printer comel ink mahal yg ada dlm ofis ni. Kalau die bagi semua semalam,kan senang aku hanta kedai je trus?

Menyusahkan aku btol la kau ni!

Pasal kerja 2minggu lepas kau ni, buat aku dengan en.zul terpaksa skipped lunch. Aku xpe la lagi. Tapi en.zul tu, dah sampai pening2 kepala dah. Kesian pulak aku tengok orang tua tu.

Sumpah aku bengang gila ngan kau wahai si account executive yang busuk perangai! Kerja kau x siap lagi, tapi kau bley gatal nak pergi isap rokok sebatang dua plak.

Hamboi hamboi~ banyak chantek muka kau!

Get back to work you lame ass fawking moron!!!

Notakaki: sorry. Hari ni tengah pissed off gila!



TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Monday, October 19, 2009

Kalau lah aku kaya gedebak gedebuk....

Sebenarnya dah lama nak tulis entri ni. Tapi asyik terlupa je. Kalau teringat pun, mesti masa tu tengah malas gila. Jadi instead tulis entri baru, cosplay kejap jadi si cipan pemalas. HAHAHA!

Kau orang pernah mimpi jadi kaya tak? Duit turun dari langit macam hujan. Siap jadi kolah. Lalu berenang renang kegumbiraan. Pernah tak?

Tak?

Aku pong!

LOL!

Mesti best kan kalau dapat mimpi macam tu. Eh? tak tak...kalau boleh, nak yang betul2 punya. Baru masyuk kaaaan? Heheheee~

Okay, tujuan sebenar tulis entri ni sebab nak cerita yang hari tu ternampak dua bijik kereta idaman tengah racing sebelah menyebelah lagi.(Tak racing pun. saje je nak kasi UP cerita. HAHAHAH!)

Apa lagi~ capai kamera dan SNAP! Haa..sila tengok~



Ini kereta idaman sejak dari zaman jahiliyah di kolej dulu okay? Tak tau kenapa minat sangat dengan kereta ni. Dulu model Peugeout 206cc. Sekarang tak tau lah ada lagi ke tak. Or probably model tu dah kena re-model kot. Lalu jadi macam dalam gambar tu~

*mengeluh*

Kalau lah tengah kaya gedebak gedebuk akan ku beli dua dua bijik ni sekaligus! Satu bawak gi pasar, satu lagi bawak pergi pekan ahad. HAHAHA!

*mengeluh*


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Wednesday, October 07, 2009

Tak ade post baru lagi?

7 hari dah lepas sejak entri terakhir. Kebelakangan ni, tak tau nak isi belog dengan cerita apa. Takde idea. Jadi sekarang sedang selongkar cd2 back up tahun 2004. Nak cari gambar2 lama yang menarik. Manalah tau kan, kalau boleh jadi bahan untuk isi belog.

Heheh! Bertambah lagi lah entri meraban.

Btw, semalam hari ni ulang tahun yang ke-29 untuk Edison Chen. So, Happy Birthday Edi!!

Ceh! Cakap macamlah kawan rapat tepuk tampar dengan si Edison Chen tu. Padahal jumpa pun tak pernah~ *jelir lidah*


Happy Birthday Edi! Saya sangat rindu kamu. Sila lah pulang menjadi aktor berjaya...=(

Apa aku cakap pun dia takkan paham. Ah! Aku tak kesah lah! Blek!

NotaKaki: Walaupun kadang meluat tengok si Edi dengan english accent terlebey dengan style hip hoppers yang poyo tapi tetap sayang beliau. uuuuu~~~



TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Monday, September 28, 2009

Cerita dua minggu sudah (Full version)

Okay kali ni boleh update cerita dua minggu sudah dalam full version sebab guna laptop. *senyum chantek*

Cerita 1
Ingat tak dua minggu sudah, i was supposed to meet college friends for berbuka puasa? Setelah plan dengan bersungguh2 kerana dipaksa oleh dua orang askar tak bertauliah..

Siap create special Event Invitation tru Facebook lagi,okay?

Hari yang ditunggu2 pun tiba. But sadly, only Azie & Shaq manage to come on time. Me & everybody else, terpakse terlewat sebab hal2 office yang tak dapat dielakkan ditambah pula dengan keadaan traffic yang kalau ada roti pun jam takkan abes!

.......

oh corny gile lawak aku!

But anyway, even though plan nak berbuka kt Chilli's didn't went smoothly but at least hati sungguh gumbira sebab dapat jumpa dengan semua ahli2 mesyuarat tingkap.

Bahagia gila bila dapat berbuka di Noodle Station dengan Azie, Shaq & Mayna.
Bahagia lagi banyak bila kemudian Mal & Zaid join lepak di Dome.
Kemudian bila plan nak pergi Danau Kota dan Azahir & Mia pun join sama lalu bersahur di McDonald.

hoyeaah! Tapi exclude si Shahrul yang suke buat tragedi MIA last2 minit. comel la konon?

TAK, OKAY!


Cerita 2
Buang tebiat nak pergi Bazaar Ampangan malam2 buta. Semata-mata nak cari kacang salut & bunga api. Lalu berjumpa dengan si Iqmal gendut a.k.a Ashton Kutcher dengan Kak Jun yang hawt! Aww!

Tak lupa juga pada si penculik, En.Zaid & Cik Mia yang berjaya menghiburkan hati yang dikala itu sedang berduka kerana terpaksa lagi TER-Raya awal! Cisss!


Cerita 3
Hari pertama Syawal yang menyakitkan.

Ntah macam mana pagi tu, perut memulas-mulas. Ingat cuma sakit perut biasa. Tapi bila dah melabor nak dekat 3 kali pagi tu, mula rasa tak sedap hati. Kemudian bila dah muntah semua isi perut dalam 2 kali baru lah confirm bahawasanya, Aidateddy sedang mengalami Food Poisoning.

....pagi raya? sungguh tak kelakar weh!

Believe it or not. Hari tu cuma sempat jamah nasi impit + kuah kacang dalam kuantiti yang sangat kecil je. Sebab langsung takde selera. Memang dahsyat food poisoning kali ni.

5 kali muntah weh. Tak pernah muntah banyak kali & teruk macam tu~ (-__-")


Cerita 4
Bila dapat tempiaskan nafsu untuk memiliki handphone Sony Ericsson w995!



Oh! si merah yang kacak. Alangkah bertuahnya diri ini kerana dapat memilikimu~ ooohhh~~ HAHA! sampai macam tu sekali hati ni gumbira tau! Ini adalah addiction yang terbaru.

Sebab phone ini dilengkapi dengan application for Facebook, Blogger, Twitter dan even webbrowser yang terbaik; OperaMini. Memang tangan sentiasa je nak merogol phone ni. Tekan sana, tekan sini. Asal boleh je~ hehe!

And sumpah! Kali ni akan jaga phone ni elok2. Tak mo tragedi berulang kembali! Oh tidak! ngaahahahahah!


Cerita 5
Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!


Ini gambar malam raya. Adik peradik bermain bunga api & mini mercun bersama. Kenapa mini mercun? Sebab bukan dangerous punya. Yang letak atas tanah pastue bakar lalu lari ala2 comel sebelum mercun meletop! HAHA!

Tahun ni beraya kat Seremban je. Sebab abah cakap tahun ni beraya dengan menantu! LOL! Raya kali ni memang macam pelik sikit. Sebab ada new member. And rumah pun penuh sebab semua relatives bertandang kat rumah setelah kami sekeluarga menculik nenek wan! ngahahahhaha!

Tapi tahun ni, duit raya terpaksa dikurangkan pemberiannya. Alasan? Sebab nak beli buah hati berkaler merah tu lah! Sebab tu la duit raya pun terpaksa diberi kurang. Hehe!


eleh...kurang kurang pun, dapat gak kan? duit kt atas tu double okay?! HAHA!

Tahun ni rumah ada buat Open House. Minggu ni on the 3rd. If rasa2 tak busy tu, datang2 la menyinggah ye? I've already sent out invitation via Facebook. =)

Okay. Rasanya habis dah update cerita dua minggu sudah! Puas hatiku~ Puas! bahahahaha! XD


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Cerita dua minggu sudah...



Lamanya tak update blog. Dua minggu lepas memang tersangatlah busy. Nak 0n laptop pn x de mase. Bile dh on, idea plak xde nk update blog. And dh berapa kali pulak janji pada diri, "esok nk update blog, esok nk update blog" tapi smpai hari ni pn cerita dua minggu sudah x ditulis2 lg. Ini pn update gne handphone. Ntah kenapa ble x ddk mengadap laptop, hati ni meronta ronta nk menulis.tp ble laptop dh depan mata, sket ayat pn x terkeluar. Menci!

Heesh! Ble la nk update blog cara n0rmal ni? X suke la ble penyakit M ni terjangkit. Cipan btol!

Notakaki: klu lps ni nk blog cara live blogging pn cm layan kan? Haha! Btw,gmbr kt atas tu hanyalah hiasan semata eh~ candy courtesy of suriachocolate. Sempat aje promo kaaann~ :-*



TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Monday, September 07, 2009

Aku Benci #002

Bas yang berasap tebal hitam legam!



Sakit hati gila bila bawa kereta dibelakang BAS yang macam ni. Asap dah lah tebal hitam melekat! Bau asap sampai terserap dalam kereta. Memanglah sesak nafas sekejap. Sungguh tak kelakar lah wahai BAS!

Terpaksalah bawa kereta 20 meter jauh jarak dari bontot BAS. Kalau tak, mahu nye bahagian depan kereta akan jadi hitam legam jugak dek terkena asap BAS yang macam bedebah itu.

Owner BAS ni tak reti nak pergi repair apa yang patut ke untuk decrease kan asap bedebah tu? Pencemaran udara betul!

Heesshh!


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Wednesday, September 02, 2009

Tahu tak...?

Masa hantar Ezwin balik ke segamat hari tu, Abah pasang radio stesen Light & Easy. Semua lagu oldies. Nostalgia sungguh! Tapi lepas tu, ada satu lagu ni yang dipasang. Haram jadah aku tak tau. Tapi hairan bila dengar adik2 sekali dengan mama nyanyi sama2.

Lalu bertanya,

Saya : Ni lagu apa dik?
Ezrin : Kakngah tak tau?
Saya : Sebab tu tanya kot...
Ezrin : Ni kan lagu lama. Takkan tak tau kot
Saya : Tak tau...
Ezwin : Ala..Beyonce ada nyanyi kat dalam Dreamgirls
Saya : Tak tengok...
Ezwin : Iklan diamonds Beyonce?
Saya : Huh?


Okay, dengar sini tuan2 dan puan2. Memang saya tak tengok pun cerita Dreamgirls. Sebab kurang minat tengok cerita genre sebegitu. And kurang jugak pay attention pada iklan2 di TV. Lagipun, memang bukan fan Beyonce.

Alasan tak tau lagu oldies?

Sebab memang tak tahu. Sikit sangat lagu oldies yang dihafal. Nak suruh nyanyi lagu Elvis? Beetles? Bee Gees? Whitney Houston? Diana Ross? Paula Abdul?

2 ketul lagu boleh lah? Itu pun yang current singers dah buat cover version. Macam 'Uptown Girls' yang Westlife nyanyi or 'Stupid Cupid' yang dinyanyi balik oleh Mandy Moore. Even lagu 'Hey Jude' from Beetles pun dihafal sebab Stefanie Sun buat album cover.

Kalau nak tahu, takde satu pun lagu Micheal Jackson yang dihafal. Kecuali lagu2 yang Alien Ant Farm & Fall Out Boy nyanyikan balik. Dan bila sekarang ni dia dah meninggal, lagu2 dia dipasang balik di radio. And suprisingly Nabil, my anak buah boleh hafal all his songs. And he's only 7!

And I had no idea lagu apa dia nyanyi pun!

Kalau diingat2 balik, dulu masa zaman kanak2 riang, selalu dengar lagu nursery rhyme je. Serious! Nak suruh saya nyanyi lagu 'Old McDonald'? 'This Old Man'? 'Three Blind Mice'? 'Hokey Pokey?'

Owh..boleh saja! Semua tu saya hafal!

MyEm0.Com

So sebab tu bila orang tanya, "Eh, so what song do you grew up listened to?"

I would do this....

MyEm0.Com



TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Thursday, August 27, 2009

Kerana overdose....

Good Morning~!

Ececeh...siap bagi greeting lagi ni! HAHA!

By the way, tak boleh tido ni. Sebab teroverdose minum white coffee semalam waktu berbuka. Jadi langsung tak boleh tido malam tadi. 4 jam guling2 atas katil. Pukul 4.20am dah turun siap2 untuk sahur. Siap bagi makan kucing dulu sebelum tu. Gila penangan white coffee betul!

Harap2 kuasa caffeine ni boleh bertahan sampai esok. Kalau tak mau tersengguk sengguk kat office nanti.

Sebab tak boleh tido, jadi ambil keputusan untuk merompak ladang ladang tanaman rakan-rakan di facebook lalu menjadi kaya raya. MUAHAHAHAHAHAHHAHAAA!

Kemudian boleh lah beli ayam~! Yay! v(^o^)v


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Tuesday, August 25, 2009

Blog adalah drug?

Hari ni tak tau kenapa asyik nak bukak Blogger je. Macam lah nak post banyak2 kan? Walhal ini baru entry yang ke 3 untuk hari ni.

Erk? Banyak ke?

Tak kaaaan?

Tangan tu gatal je nak click kt New Post. Tapi hape pun tak tulis. Last2 pergi balik pada front page and click pada Next Blog.

Click dan click dan click. Sampai lah jumpa blog yang menarik hati. Lepas tu follow. Bila dah baca blog orang lain. Barulah dapat idea nak menulis. Sebab sebenarnya jeles baca blog2 orang lain yang mcm sangat berilmiah. LOL!

Tu nampak kat I Follow Blog punye section tu?

Belambak kan blog yang di follow? Dari yang terbaik sampai lah blog merapu. Semua pun nak follow~ gila stalker!

Tapi, baca blog orang lain best kan? Sebab tu la kau orang tengah baca blog ni kaaaannn?

Mahahahahhaaaahahahaaaa~! XD


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Saturday, August 22, 2009

Tak Kelakar La Weh~~~~!!

Memang tak best ar. Sungguh lagi tak kelakar laaa. Semangat giler aku bangun pagi nie nk sahur weh. Memang dah siap mentedaghah nasi dengan lauk ayam merah dah pun tadi.

And seperti biasa, lepas sahur, basuh pinggan. Sebelum masuk membuta balik, kena kumur gosok gigi. Takut kang tengah syok2 baring, ade plak tertinggal serpihan kat celah gigi kan? Elok plak lidah tu tarik2 sambil gigit2 lalu telan. Batal pulak pose diri ini kaan?

Dah sudah berkumur tu, of corz la dtg pulak tibe2 nak melepaskan hajat sekali kan. Alang2 dah ada dalam toilet, sekali harung sahaja! Walau padahal, takde niat pun sebelum itu.

Tapi memang sungguh tak kelakar la pemandangan yang seterusnya. Sungguh tak kelakar weh bila nampak ada pulak traffic lite merah pagi2 macam nie kan? Memang la tak kelakar weeeeehhhhhhhh!!!!!!!!!!!!

Bengang aku!


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Thursday, August 20, 2009

Tak boleh tido la pulak........

Malam nie tak boleh tido. Kepala sakit. Asyik guling2 atas katil. Jadi bangun lalu on laptop. Perkara pertama akan bukak facebook. Periksa tanaman. Kemudian buka Restaurant City. Kejutkan pekerja lalu kerah mereka jalankan perniagaan. =)

Kuat berangan betul! Sebab tu permainan Beta dekat facebook sungguh addicting. heheh!

Tadi dah telan 2 biji panadol. Tapi kepala masih sakit. Tak boleh nak tido lagi. Mulut pulak rasa tak selesa. Telan air suam pun rasa pelik. Nak muntah balik. Hidung pun bau pelik. Macam semua benda pun bau macam cili sos. Ish! Tak suka nya demam macam nie~

Esok confirm lah tak pergi kerja lagi kan? Haish~ Macam takkan ke office je minggu ni~ Abah & Mama pun tak sihat lagi. Semua pun tak pergi kerja. Tadi tiga2 bantai makan sup campur untuk dinner. Lawak gile bile tengok semua demam makan pelahap gila kat meja makan. Macam zombie pun ada. Hahaha!

Hissshh~ honestly nak cepat elok from demam. Dah tak tahan dah asek kena duduk rumah. Walaupun bukan kena kuarantin oleh pihak baju putih, but still, demam time wabak macam nie, memang kena kuarantinkan diri sendiri. Dah jadi tanggungjawab kaaann? Ececewaaaahh~! Geli aku! Haha!

Wish me well y'all! Taaaaaa~~~~~! =)


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Wednesday, August 05, 2009

Ah! Benci lah!

Ini adalah percubaan untuk menulis blog pada hari ini.

Tanpa idea.

Tanpa pikir.

Langsung membazir 2 setengah jam mengadap skrin komputer yang dari tadi kotak 'Title' dan kotak 'Entry' kosong. Lalu terpaksa mengalah. Otak memang tak berfungsi dengan baik lagi sekali. Jadi mungkin blog ini pun akan kosong untuk satu jangka masa yang tak pasti.

Ah! Tak suka la macam ni. Blog orang lain hari-hari ada entry. Blog sendiri dah busuk berhabuk!

Ala...tapi macamlah ade orang bace kaan?


gedik!


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Tuesday, August 04, 2009

ku kembali....

Gile lame tak post. Kebelakangan ni sangat busy lah. Tapi after last weekend, semua perkara yang membusykan diri dah abes. yay! *lompat kegirangan*

So start from today, boleh lah post entry sampai 4, 5 post satu hari lagi. heheh! sangaaat~~~~!

btw, glad that everything went smoothly last weekend. sungguh tak sangka begitu geran rupanya.

abg aku dah kahwin wahai orang2 kampung oi! hahahahaha!

and thanx a lot for everyone who came & helped during the day~ i owe u lots! luv ya!

petang2 sket wa kasi tulis lagi eh? ni kat opis nih byk plak keje yg tak siap lagi. akibat dari cuti yg terlalu panjang~ heheheheee~ taaaaa!


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Thursday, July 09, 2009

Sunyi. Sepi. Sendiri Aku Benci.

Macam kosongkan blog nie? Sebab takde post yang baru. Apsal eh? Adakah mungkin sibuk? Mmg aku sibuk pun. With 2 weddings! My cousin's & my older brother's. Cuma minggu depan je free.

Boley pegi bersosial bersama rakan2 seperjuangan. Tapi...pikir nak pegi buat tacap. Lepas tu nak buat pedicure. Eh? Baju dah amek ke belum? Shit! Belum lagi! *sigh* Kejap lagi la pegi amek.

*sigh*

Ish. Mengeluh lagi. Org tua2 ckp tak baik mengeluh. Nnt jadi malas. Tapi kalau mmg dh malas, mengeluh byk2 pun tak jadi ape kan? haha!

*sigh*

Sunyi nya ofis ni. Abah takde. Abg takde. En.Zul amek halfday. Ena hari ni MC. Abg Ayie tak balik lagi from lunch. *sigh* Lame nye die keluar lunch. Balik umah, tido dlu ke?

*sigh*

Bosannyaaaaaa.....

*sigh*


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Saturday, June 20, 2009

Pernah nampak nangka jatuh?

Pernah tak korang nampak nangka jatuh?

Tak pernah?

Samelah! =)

Tapi pernah tak korang yang jadi nangka kemudian jatuh?

Pernah?

Samelah! XD

Ini peristiwa petang semalam. Disebabkan oleh mata yang leka mencari anjing Bulldog comel kepunyaan jiran depan rumah. Tak nampak kasut heels yang berterabur kat depan pintu. Terpijak satu hells.

Gedebuk!!

Buah nangka pun jatuh. Akibatnya, kaki kanan yang berguna telah bengkak mcm kaki gajah. Kaler putih kuning dah jadi kelabu ungu. Sakit wooo!

Photobucket


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Monday, June 15, 2009

Lagi satu je...

Okay..so I manage to write bunch of entries today just so that I could achieve my goal for the 100th post for tomorrow. You had no idea how I was damn kelam kabut mencari bahan untuk dipostkan in this blog. I was lucky cus line internet hari ni tak buat hal. =)

At this moment, I'm thinking about what to post tomorrow. And sumpah takde idea! Ingat nk post pasal random stuff again. But then, it was my 100th post skali ngan 1st anniversary pulak. takkan nk buat random post mcm biasa. cam sgt bosan~

Hmmm...maybe I should do something that I never do in this blog~ like posting porn link ke? wakakakakaka! In ur dream!

Hmmm...I need to think of something interesting nih~ huhu! =)


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

crap!

Its 9 hours & 48 seconds more till 16th of June. I need 7 more entries to make this challenge possible. Hmmm...I'll probably going to add more craps in my blog due to this. Haha!

Like this very entry for example! ngahahahhhaahaha!

k~ bye!

MyEm0.Com


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Will I or Will I Not?

I just posted 2 entry last weekend. And this is not a good news. Will I be able to complete the challenge that I made for myself? Am I capable enough to write & post 10 more entries by tomorrow? With the internet connection back home, I doubt it.

But I'm trying my best to achieve this goal. So Ganbarre Ikimashou!!

MyEm0.Com

Now, I'm gonna continue to write more entry~yosh!
MyEm0.Com

p/s: and btw, due to internet connection failure back home, two of my previous entries tat was written days back were posted today. so jgn ar terkejut if tgk ade entry bertarikh due hari lepas but when u came ari tu, that entry takde~tp ari ni ada plak~ heh! XD


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts