Tuesday, September 29, 2009

Aku Benci #004

LIPASS!!



Ye! Memang aku benci lipas. Insect yang paling aku geli! Bulu roma akan mencanak canak naik kalau ternampak bende alah tu lari2 100km kat atas lantai. Aku geli weh! Geli! Sebab tu la hanya gambar kartun menatang tersebut je yang akan di post dalam entry ni.

Kalau letak gambar betul...sok2 belog ni pun aku tak mo bukak!

Dulu masa zaman jahiliah duduk rumah sewa di Sri Kembangan, kejadian bertembung dengan makhluk2 keji itu amatlah common. Sebab belakang rumah ada semak samun tegar yang tak ditebas oleh orang2 Majlis Perbandaran. Kau malas eh?

Anyway, pernah sekali tu cokelat Cadburry yang dibawa balik ke Sri Kembangan hilang. Satu kotak okay! Ini cokelat bar yang ade perisa Oren & Strawberi tu. Entah macam mana boleh hilang. Walhal, dapur kitorg kecik je. & tinggal pulak bertiga. Tiga2 dah kempunan nak makan. Nak cari? Takkan terjatuh dari almari lalu termasuk bawah peti ais kot? sungguh tak make sense~~

Hari berganti hari, minggu berganti minggu...masa untuk spring clean the house. Sambil2 ubah semua kedudukan perabot. Waktu itu lah, perbuatan keji makhluk durjana itu terbongkar!

Memang kotak cokelat tu dah terselit bawah peti ais. Dengan satu lobang gigitan besar makhluk itu on the side of the box. And cuba bayangkan, beberapa ekor lipas besar & kecil keluar berlari dari dalam kotak cokelat yang nak dihancurkan tu!

OHMYGAWD!!! memang NIGHTMARE OKAY!!!!



Nasib baik racun pembunuh lipas ada dalam tangan. Siap beli untuk satu sorang okay? Tapi Nanu(Ini housemate), memang tak takut langsung dengan makhluk tu. Dia boleh bunuh makhluk keji tu dengan bare hand je. Gila hebat kan?

Btw, lepas spray lipas jahanam tu...tak cukup dengan buih2 spray, kitorang sambung bunuh lipas dengan mengetuk mereka sampai tak bergerak dengan kertas surat khabar lama yang tebal! gahahahahha!

Itu kejadian 3 tahun lepas.

Kejadian minggu lepas pulak, bapak lipas mana ntah masuk dalam bilik aku. Memanglah berderau jantung aku! Yang buat aku bengang sampai nak nangis bila si terrorist tu cuba kejar aku. Memang silap weh! silap!

Lalu aku keluarkan senjata aku!


Racun pembunuh lipas yang hebat! Tembak sekali je. Konfem makhluk tu GONE! wakaka! And believe it or not. Racun yang dispray tu bertahan sampai seminggu. So dalam seminggu, segala makhluk yang lalu kat tempat yang dispray akan GONE jugak! HAHA!

Puas hati aku! Puas! Padan muka kau!

Itu adalah balasan sebab kau kejar aku sampai aku terjatuh lalu lutut terseret pada karpet dan lutut ku pun terluka....

Cisss!


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts