Pernah tak kawan2 non-muslim kau orang tanya tentang agama Islam pada kau orang? Tentang kewujudan Allah SWT? Tentang isi kandung Al-Quran? Tentang kenapa perlu sembahyang 5 waktu? Tentang kenapa perlu puasa? dan apa itu syurga dan neraka dalam Islam?
Pernah?
Seumur hidup aku, takde seorang pun kawan non-muslim aku yang tanya. Mereka macam faham yang kadang2 berbual pasal agama itu sensitif. Dan mereka hormat agama Islam. Sama macam aku hormat agama mereka.
Tapi tadi waktu duduk minum di Starbucks (ceh! sopan gila cakap duduk minum, padahal duduk melepak. HAHA!), ada this 1 group of friends tengah berdebat pasal Islam. Diorang bertiga. And seorang je melayu islam.
Mula2 kawan yang non-muslim ni buka topik pasal mamat kat Afghan yang kena potong hidung dan telinga sebab pergi mengundi. Dia persoal kenapa hidung mamat tu dipotong oleh manusia taliban yang beragama Islam.
Sebab tempat duduk mereka tak sampai 100 meter dari tempat duduk aku, so boleh dengar apa yang diorang cakap. Lagipun, diorang ada pasang microphone kecil kat mulut diorang. So satu Starbucks boleh dengar diorang berdebat.(Ini sarcastic namanya)
Si kawan yang muslim pun jawab dengan confidennya yang manusia Taliban ini bukan semuanya Islam. dan yang Islam adalah golongan Islam Quraisy.
*sila angkat kening*
Tengok pada perwatakan, aku rasa mereka ni budak lepasan sekolah. Si kawan muslim ni mungkin nak menegakkan kebenaran Islam. Tapi terpesong sikit. Yang si kawan non-muslim ini pula bermati-matian cakap Islam ini salah. Mungkin sebab apa yang berlaku pada dunia sekarang.
Tapi tak payah lah sampai nak tanya pada si kawan yang muslim ini "Kau confirm ke Al-Quran tu betul?"
Honestly, I was pissed & annoyed with these 2 kids yang terang2 nampak sangat bodoh dan rempit. Tapi cuba berdebat perkara yang serius macam tu.
Tolong buat researched yang betul sebelum berdebat ye dik? Bukan sebab kau tengok TV dan video di YouTube bermakna kau dah mahir pasal Islam dan agama lain.
Seriously, kalau kau orang dengar statement2 yang keluar dari mulut mereka, confirm kau nak bagi pelempang hikmat payung kesebelas. Dua dua pun cakap merepek. Tapi suara lancang nak mampos! Dasar attention seeker!
Bley terima tak bila dia orang cakap,
"Kenapa kau tak cakap Bible tu betul?"
"Aku lahir sebagai Islam"
"Tapi Nabi Isa AS kristian kan?"
"Mana kau tahu Yahudi tu salah?"
"Tapi moyang atuk nenek Nabi Muhammad SAW sembah berhala juga kan?"
"Bukan semua tentera Taliban itu Islam"
"Ada tentera AS yang kena hantar perang kat Iraq tu Islam"
Kau yang duduk kat sebelah tu tak rasa nak bangun lalu baling je kerusi Starbucks kat kepala diorang? Nasib baik aku ni waras lagi kot, cuma mampu tengok lalu geleng kepala je dengar debat yang takde motif tu.
Mungkin aku ni tak handal dalam Islam. Sangat cetek pengetahuan pasal Islam. Tapi sikit2 tu aku boleh lah. Dan aku bangga jadi Islam. Mungkin hanya Islam pada nama. Tapi aku tetap berusaha nak jadi Islam sejati.
Aku Percaya pada Allah SWT.
Aku Percaya pada Rasul & Nabi.
Aku Percaya pada Malaikat-Malaikat.
Aku Percaya pada Kitab-Kitab.
Aku Percaya pada Qada' & Qadar.
Aku Percaya Aku Islam.
Dan tak pernah sekali pun aku mengutuk agama lain dan berdebat dengan mereka yang bukan Islam tentang kepercayaan agama mereka. Sebab aku hormat agama mereka. Dan aku nak mereka juga hormat agama Islam.
Kesimpulannya, tak boleh ke kalau kita duduk dalam dunia ini dan hormat antara satu sama yang lain?
Biarlah mereka dengan cara mereka dan kita dengan cara kita. Jika mereka bertanya, kita jawab dengan sopan. Jangan merendahkan mereka. Islam itu tak memaksa. Islam itu indah.
Jadi, tolong jangan kaitkan orang2 yang takde otak dan berperangai tak semenggah dengan ajaran agama. Sebab kalau hati itu busuk hitam legam, agama teragung pun tak boleh bantu walau macam mana pun mereka claimed yang mereka alim agama.
Boleh tak?
Ini cuma pandangan cetek aku je. If you do not agree, then pls just leave this entry alone.
Peace No War. =)
TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!