Monday, September 07, 2009

Eh! Kenapa tak puasa?

Kenapa ada orang yang tak puasa?

Kalau ditanya pada golongan hawa, jawapan mestilah akan mempersalahkan kejadian hal2 wanita yang tak dapat dielakkan. Jadi tak hairan bila dalam sebulan berpuasa, mesti ada seminggu yang terpaksa di skipped.

Tapi kalau golongan adam macam mana?

Mungkin ada sakit gastrik yang melampau kot. Jadi atas nasihat dokter, tak dapat nak jalankan ibadah berpuasa. Atau pun, keadaan fizikal dan kesihatan yang tak mampu. Kan dalam Al-Quran ada kecualikan berpuasa untuk segelintir golongan. Nak tahu? Sila tengok sini.

Tapi kalau keadaan seseorang itu sihat walafiat. Tak nampak sakit langsung. Tak mengandung atau menyusukan anak. Langsung takde ciri2 yang boleh terkecuali dari berpuasa, tapi sedang sedap menjamah nasi berlauk di tengahari.

Apa kau orang buat?

Kalau ditanya, alasan2 yang akan diberi....

1. "Tak tahan lah. Lapar.." If budak yang umur 10 tahun pun boleh berpuasa penuh. Kenapa tidak kau yang dah boleh cari nafkah sendiri?

2. "Kerja aku stress lah. Takde rokok kerja tak jalan!" Askar yang pergi berperang pun puasa. Kau ingat pergi berperang tu tak stress ke?

3. "Sakit perut lah. Gastrik. Ugghh....ugghh..." Takkan lah sepanjang bulan Ramadhan ni kau gastrik kaan? Gedik!

Itu di antara alasan yang pernah didengar. Sejujurnya, dulu pernah juga skipped puasa tanpa sebab yang munasabah. Alasan bodoh lapar kalau dipikir2 balik, sangat tak masuk akal.

Menyesal skipped hari puasa. Pahala satu hari puasa tu tak berbaloi pun kalau diganti dengan Carl's Junior's Burger atau dengan rokok sekotak. Menyesal weh, menyesal~ tobat tak nak buat lagi!

Lagipun, tak malu ke dengan adik2 kecil yang dapat berpuasa penuh? Ish!




TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Aku Benci #001

Bila Internet Macam Haram!

Tadi pagi masuk office, terus cepat2 buka laptop. Sebab En.Areal, dah upload link untuk direct download movie District 9.



Bukan tak mau tengok di panggung. Tapi sumpah takde masa. Dan lagipun sekarang ekonomi sungguh tak stabil. Jadi sekarang tengah sengkek. Nak bayar RM10 tu memang tak mampu. Sedih nye.

So dari pagi tadi jam 9am, dah start download District 9. Time duration yang di agak2 kan adalah dalam 3jam. So rasanya dalam 12pm lebih, movie download akan habis.

Jadi tadi semasa sedang beroperasi di Facebook sambil buat aksi lelap lelap mata seminit dua, tengok status download dah tinggal lagi 4 minit. Hati yang teruja ni pun dah berbunga bunga mimpi nak tengok District 9 malam ni sambil makan kacang.

Tapi tib-tiba macam rasa 4minit tu tak bergerak. Lalu cuba buka Facebook. Click pada Restaurant City. Jantung macam nak pecah bila Mozilla tunjuk page 'Connection Interupted'. Mula tak nak percaya. Maybe mozilla yang gila. Streamyx takde kena mengena.

Cuba refresh.

Lagi.

dan lagi.

Cubaan memang gagal. Streamyx yang macam BABI. Lalu menyerah kalah. Terpaksa redha dengan ketentuan. Kesimpulannya, movie District 9 tadi yang tinggal lagi 100MB untuk di download dan mengambil masa 4 minit telah tereset.

Jadi sekarang tengah download balik. Ada lagi 17 minit sebelum download habis. Jangan lah kau buat hal lagi wahai streamys si bijaksana~! Kalau tak, confirm bulan depan aku tukar P1!

*tengok download status*

15 minit lagi....

*tunggu dengan sabar sambil hidung kembang kempis*

-entry habis-


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Sunday, September 06, 2009

Sesi berbuka puasa...=)

Bila datang bulan Ramadhan, semua orang nak buat reunion kan? Macamlah takde bulan lain yang boleh gelak2 & imbas nostalgia kan? Alasan yang selalu diberi, "alah, bulan baik kot. Time tu lah nak jumpa kawan2 lama"

MyEm0.Com ape ape lah!

Honestly, setiap kali bulan Ramadhan pun akan kumpul ramai2 dengan kawan2 sebab nak berbuka bersama. Bukan lame excuse untuk reunion.

Berbuka dengan Aainnaa? Sudah.

Berbuka dengan Dayah? Sudah.

Cuma tinggal Marina, Nanu & college buddies.

So akan saya contact anda semua dalam masa terdekat ye?

I lub youuuuuuu~~~ ngehehehhehehhheheeeeeee!


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Wednesday, September 02, 2009

Ini Entry Serius.

Pernah tak kawan2 non-muslim kau orang tanya tentang agama Islam pada kau orang? Tentang kewujudan Allah SWT? Tentang isi kandung Al-Quran? Tentang kenapa perlu sembahyang 5 waktu? Tentang kenapa perlu puasa? dan apa itu syurga dan neraka dalam Islam?

Pernah?

Seumur hidup aku, takde seorang pun kawan non-muslim aku yang tanya. Mereka macam faham yang kadang2 berbual pasal agama itu sensitif. Dan mereka hormat agama Islam. Sama macam aku hormat agama mereka.

Tapi tadi waktu duduk minum di Starbucks (ceh! sopan gila cakap duduk minum, padahal duduk melepak. HAHA!), ada this 1 group of friends tengah berdebat pasal Islam. Diorang bertiga. And seorang je melayu islam.

Mula2 kawan yang non-muslim ni buka topik pasal mamat kat Afghan yang kena potong hidung dan telinga sebab pergi mengundi. Dia persoal kenapa hidung mamat tu dipotong oleh manusia taliban yang beragama Islam.

Sebab tempat duduk mereka tak sampai 100 meter dari tempat duduk aku, so boleh dengar apa yang diorang cakap. Lagipun, diorang ada pasang microphone kecil kat mulut diorang. So satu Starbucks boleh dengar diorang berdebat.(Ini sarcastic namanya)

Si kawan yang muslim pun jawab dengan confidennya yang manusia Taliban ini bukan semuanya Islam. dan yang Islam adalah golongan Islam Quraisy.

*sila angkat kening*

Tengok pada perwatakan, aku rasa mereka ni budak lepasan sekolah. Si kawan muslim ni mungkin nak menegakkan kebenaran Islam. Tapi terpesong sikit. Yang si kawan non-muslim ini pula bermati-matian cakap Islam ini salah. Mungkin sebab apa yang berlaku pada dunia sekarang.

Tapi tak payah lah sampai nak tanya pada si kawan yang muslim ini "Kau confirm ke Al-Quran tu betul?"

Honestly, I was pissed & annoyed with these 2 kids yang terang2 nampak sangat bodoh dan rempit. Tapi cuba berdebat perkara yang serius macam tu.

Tolong buat researched yang betul sebelum berdebat ye dik? Bukan sebab kau tengok TV dan video di YouTube bermakna kau dah mahir pasal Islam dan agama lain.

Seriously, kalau kau orang dengar statement2 yang keluar dari mulut mereka, confirm kau nak bagi pelempang hikmat payung kesebelas. Dua dua pun cakap merepek. Tapi suara lancang nak mampos! Dasar attention seeker!

Bley terima tak bila dia orang cakap,

"Kenapa kau tak cakap Bible tu betul?"

"Aku lahir sebagai Islam"

"Tapi Nabi Isa AS kristian kan?"

"Mana kau tahu Yahudi tu salah?"

"Tapi moyang atuk nenek Nabi Muhammad SAW sembah berhala juga kan?"

"Bukan semua tentera Taliban itu Islam"

"Ada tentera AS yang kena hantar perang kat Iraq tu Islam"

Kau yang duduk kat sebelah tu tak rasa nak bangun lalu baling je kerusi Starbucks kat kepala diorang? Nasib baik aku ni waras lagi kot, cuma mampu tengok lalu geleng kepala je dengar debat yang takde motif tu.

Mungkin aku ni tak handal dalam Islam. Sangat cetek pengetahuan pasal Islam. Tapi sikit2 tu aku boleh lah. Dan aku bangga jadi Islam. Mungkin hanya Islam pada nama. Tapi aku tetap berusaha nak jadi Islam sejati.

Aku Percaya pada Allah SWT.
Aku Percaya pada Rasul & Nabi.
Aku Percaya pada Malaikat-Malaikat.
Aku Percaya pada Kitab-Kitab.
Aku Percaya pada Qada' & Qadar.

Aku Percaya Aku Islam.

Dan tak pernah sekali pun aku mengutuk agama lain dan berdebat dengan mereka yang bukan Islam tentang kepercayaan agama mereka. Sebab aku hormat agama mereka. Dan aku nak mereka juga hormat agama Islam.

Kesimpulannya, tak boleh ke kalau kita duduk dalam dunia ini dan hormat antara satu sama yang lain?

Biarlah mereka dengan cara mereka dan kita dengan cara kita. Jika mereka bertanya, kita jawab dengan sopan. Jangan merendahkan mereka. Islam itu tak memaksa. Islam itu indah.

Jadi, tolong jangan kaitkan orang2 yang takde otak dan berperangai tak semenggah dengan ajaran agama. Sebab kalau hati itu busuk hitam legam, agama teragung pun tak boleh bantu walau macam mana pun mereka claimed yang mereka alim agama.

Boleh tak?


Ini cuma pandangan cetek aku je. If you do not agree, then pls just leave this entry alone.

Peace No War. =)


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Tahu tak...?

Masa hantar Ezwin balik ke segamat hari tu, Abah pasang radio stesen Light & Easy. Semua lagu oldies. Nostalgia sungguh! Tapi lepas tu, ada satu lagu ni yang dipasang. Haram jadah aku tak tau. Tapi hairan bila dengar adik2 sekali dengan mama nyanyi sama2.

Lalu bertanya,

Saya : Ni lagu apa dik?
Ezrin : Kakngah tak tau?
Saya : Sebab tu tanya kot...
Ezrin : Ni kan lagu lama. Takkan tak tau kot
Saya : Tak tau...
Ezwin : Ala..Beyonce ada nyanyi kat dalam Dreamgirls
Saya : Tak tengok...
Ezwin : Iklan diamonds Beyonce?
Saya : Huh?


Okay, dengar sini tuan2 dan puan2. Memang saya tak tengok pun cerita Dreamgirls. Sebab kurang minat tengok cerita genre sebegitu. And kurang jugak pay attention pada iklan2 di TV. Lagipun, memang bukan fan Beyonce.

Alasan tak tau lagu oldies?

Sebab memang tak tahu. Sikit sangat lagu oldies yang dihafal. Nak suruh nyanyi lagu Elvis? Beetles? Bee Gees? Whitney Houston? Diana Ross? Paula Abdul?

2 ketul lagu boleh lah? Itu pun yang current singers dah buat cover version. Macam 'Uptown Girls' yang Westlife nyanyi or 'Stupid Cupid' yang dinyanyi balik oleh Mandy Moore. Even lagu 'Hey Jude' from Beetles pun dihafal sebab Stefanie Sun buat album cover.

Kalau nak tahu, takde satu pun lagu Micheal Jackson yang dihafal. Kecuali lagu2 yang Alien Ant Farm & Fall Out Boy nyanyikan balik. Dan bila sekarang ni dia dah meninggal, lagu2 dia dipasang balik di radio. And suprisingly Nabil, my anak buah boleh hafal all his songs. And he's only 7!

And I had no idea lagu apa dia nyanyi pun!

Kalau diingat2 balik, dulu masa zaman kanak2 riang, selalu dengar lagu nursery rhyme je. Serious! Nak suruh saya nyanyi lagu 'Old McDonald'? 'This Old Man'? 'Three Blind Mice'? 'Hokey Pokey?'

Owh..boleh saja! Semua tu saya hafal!

MyEm0.Com

So sebab tu bila orang tanya, "Eh, so what song do you grew up listened to?"

I would do this....

MyEm0.Com



TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts