Tuesday, September 22, 2009

Rasanya sempat lagi nak ucap Selamat Hari Raya kan?

Okay so..


Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin


Sorry lama sangat dah tak isi blog ni. Sebok sangat bersiap/mengemas/memasak untuk raya. Janji akan isi blog penuh2 dalam masa terdekat okay? Hari ni tak boleh lagi. Visitor ramai! Heheheheee!

k! chow!

Mari main bunga api~~~~~~~!! XD


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Thursday, September 10, 2009

Houtou = Mee Johor??

Amaran kerajaan Blog Aidateddy; Entri ini diisi dengan gambar2 makanan yang bisa mengkecurkan air liur pembaca. Pembaca yang kurang iman berpuasa diminta hanya membaca selepas waktu berbuka. Terima Kasih.

ei, ni amaran serius tau! tak main main!

jangan degil! Kalau kau orang buka puasa lepas baca entri ni, mak tak tanggung k? puh-lease~~!



Sebenarnya sejak dua menjak ni sangat craving nak makan Houtou. Tapi tak tau mana nak cari yang betul2 truly taste punya shop. Sebab kalau masuk Ichiban Ramen dan order Houtou, baik makan Tom Yam Gong dekat Secret Recipe.

Sushi King? Sushi King yang buat takoyaki rasa macam cekodok goreng tu? Hurmph! Tak pe lah. Tima Kasih je.

Jadi mungkin akan ke Pavillion atau KLCC dan menjejaki restaurant Jepun yang terbaik. Tapi kalau nak yang terbaik, isi kocek juga harus yang terbaik jugak kan? aiyoh! Koyak koyak~~

Nak tau kenapa tiba2 teringin nak makan Hotou?

Sebab hari tu tengok Hello! Morning episod 296 - New Years Overweight Special Unaired Scenes. Ada section pertandingan masak Original Houtou between Team Niigaki & Kamei dengan Team Ishikawa & Konno. Seriously, sangat tempting houtou tersebut.

Terutama houtou original yang dimasak oleh Niigaki Risa & Kamei Eri. Gila nampak sedap nak mati.


Hah! Kan dah kata! Kecur tak air liur? kecur tak? Mesti kau orang nak berbuka dengan Houtou hari ni gak kan? Kalau tak dapat Houtou, Mee Seafood pun jadi la kan? HAHA!


Memang looks sangat tempting kan? Nak tengok Team Ishikawa Rika & Konno Asami's original Houtou pulak?

Kochira~!


Kuro?! Nampak tak sedap? Oh dont judge a book its cover. Kerana dalam pertandingan memasak Houtou tersebut, merekalah pemenangnya! Sebab Team Niigaki nye taste sungguh eww! Sebab di addkan cheese. wtf? Pernah makan sup cheese? LOL!

By the way, this is how a Houtou suppose to look like.


Jadi sebenarnya tujuan tulis entri sebab nak bagitau dek kerana terlampau craving nak makan Houtou, hari tu masa berbuka kat Hotel Seri Malaysia tak jumpa pun mee kari ke, mee soup ke, mee hun tomyam ke...cuma ternampak mee rojak je.

Tapi rupa rupanya, mee rojak tersebut sebenarnya Mee Johor. Jadi tanpa melengah masa, bedal saja mee tersebut sambil berangan makan Houtou.


Mee Rojak yang terlibat

Sedap gak woooo! XD ingat kejap lagi nak goda mama lah berbuka di Secret Recipe. Nak makan Tom Yam Gong~ ngeh ngeh ngeh!


Notakaki: Gambar2 yang diupload terpaksa di downsizekan kebesarannya untuk menghormati bulan ramadhan. So less tempting. =)


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Tuesday, September 08, 2009

Aku Benci #003

Bila Demam & Bersin Tak Berhenti



Bila pagi2 semangat nak pergi kerja. Drive dengan semangat. Sampai office senyum2 sambil ucap Good Morning pada semua orang. Semangat bukak laptop sambil check files2 & surat2 yang ada atas meja.

Tiba-tiba...."HAACHOOOOO!"

Kalau sekali je boleh terima lagi. Tapi kalau dah sampai 5 4 kali dalam seminit. Kau tak hangin. Sampai tisu kat atas meja pun habis. Terpaksa mintak staff lain punya tisu. Ambil satu kotak pulak tu. Orang lain pulak yang hangin nanti.

Lepas tu, tiba-tiba lah pulak tekak kau rasa sakit. Panas. Kering. Bengkak. Nak telan air liur pun rasa perit. Memang confirmlah nak demam kaaan?

Lagi2 bila petang ni dah plan nak gi party2 ngan rakan2. Confirmlah tak dapat follow. Kena kuarantinkan diri lagi. Haiyoh! Tak suke laaaa!

Pastu, nak kena jumpa dokter. Kena makan ubat. Haaaiisshh...tu yang lemah tu. Paling benci makan ubat. Lagi2 kalau dapat ubat anti-biotik yang sebesar penutup pen. Kalau tercekik, sapa nak tanggung hah? hah?

Tapi best bila dapat MC. Sebab tak yah ke office. Boleh tido lama2. Alasan sebab demam. Keh Keh Keh! Tapi cukup benci pulak kalau tak boleh tido if kepala tu pusing2 macam gasing. Tekup ngan bantal pun tak guna. Jadi kena makan panadol lagi. Cisss!

Tulis entry ni sebab, sekarang tengah bersin2 tak berenti. Tisu 1 kotak hampir habis. Tekak pun sakit. Abah suruh balik. Yay!


Tapi benci demam! Ish!

pic credited to Reggiewold.blogspot.com



TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Monday, September 07, 2009

Aku Benci #002

Bas yang berasap tebal hitam legam!



Sakit hati gila bila bawa kereta dibelakang BAS yang macam ni. Asap dah lah tebal hitam melekat! Bau asap sampai terserap dalam kereta. Memanglah sesak nafas sekejap. Sungguh tak kelakar lah wahai BAS!

Terpaksalah bawa kereta 20 meter jauh jarak dari bontot BAS. Kalau tak, mahu nye bahagian depan kereta akan jadi hitam legam jugak dek terkena asap BAS yang macam bedebah itu.

Owner BAS ni tak reti nak pergi repair apa yang patut ke untuk decrease kan asap bedebah tu? Pencemaran udara betul!

Heesshh!


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Eh! Kenapa tak puasa?

Kenapa ada orang yang tak puasa?

Kalau ditanya pada golongan hawa, jawapan mestilah akan mempersalahkan kejadian hal2 wanita yang tak dapat dielakkan. Jadi tak hairan bila dalam sebulan berpuasa, mesti ada seminggu yang terpaksa di skipped.

Tapi kalau golongan adam macam mana?

Mungkin ada sakit gastrik yang melampau kot. Jadi atas nasihat dokter, tak dapat nak jalankan ibadah berpuasa. Atau pun, keadaan fizikal dan kesihatan yang tak mampu. Kan dalam Al-Quran ada kecualikan berpuasa untuk segelintir golongan. Nak tahu? Sila tengok sini.

Tapi kalau keadaan seseorang itu sihat walafiat. Tak nampak sakit langsung. Tak mengandung atau menyusukan anak. Langsung takde ciri2 yang boleh terkecuali dari berpuasa, tapi sedang sedap menjamah nasi berlauk di tengahari.

Apa kau orang buat?

Kalau ditanya, alasan2 yang akan diberi....

1. "Tak tahan lah. Lapar.." If budak yang umur 10 tahun pun boleh berpuasa penuh. Kenapa tidak kau yang dah boleh cari nafkah sendiri?

2. "Kerja aku stress lah. Takde rokok kerja tak jalan!" Askar yang pergi berperang pun puasa. Kau ingat pergi berperang tu tak stress ke?

3. "Sakit perut lah. Gastrik. Ugghh....ugghh..." Takkan lah sepanjang bulan Ramadhan ni kau gastrik kaan? Gedik!

Itu di antara alasan yang pernah didengar. Sejujurnya, dulu pernah juga skipped puasa tanpa sebab yang munasabah. Alasan bodoh lapar kalau dipikir2 balik, sangat tak masuk akal.

Menyesal skipped hari puasa. Pahala satu hari puasa tu tak berbaloi pun kalau diganti dengan Carl's Junior's Burger atau dengan rokok sekotak. Menyesal weh, menyesal~ tobat tak nak buat lagi!

Lagipun, tak malu ke dengan adik2 kecil yang dapat berpuasa penuh? Ish!




TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts