Tuesday, September 01, 2009

Membeli Belah di Tesco. =)

Entri Merdeka semalam tu baru dipostkan hari ni. Alasan? Lupa! Ish...!

Lama pula blog tak ada tulisan baru. Nak kata sibuk hujung minggu lepas? Tak pula. Siap boleh bangun pukul 2.30pm untuk 3 hari berturut-turut okay? Memang muka bantal tak hengat punya la....

Sabtu lepas buat parti masak2 bersama kakak ipar dan adik2. =D

Dah lama tak masak lauk weh.

So memang tak sabar bila mama cakap menu kali ni Ayam Masak Lemak Cili Api & Udang Masak Merah. Siap bagi list barang2 untuk dibeli. Walaupun bangun lewat hari tu, tapi still berkobar-kobar nak pergi beli raw material kat Tesco.

Offer lagi jadi driver troli taw! Aawww! LOL!

Ingatkan bulan puasa tak ramai lah umat yang pergi Tesco. Oh sungguh meleset tekaan ku. Penuh gila! Nak cari parking pun sampai 30minit. Bila dah masuk, lagi lah macam haram penuh dia. Bayangkan kalau 50 buah kereta. 1 buah boleh muat 5 orang. Itu pun dah 250 orang dalam Tesco.

Kalau 500 buah kereta??!! tak ke traffic jam juga kat dalam Tesco tu?

Tapi bulan puasa kan? Jadi haruslah sentiasa bersabar. Walaupun dah macam macam bau kan kat dalam tu. LOL!



Adik adik yang sedang memilih ikan. Gila gempak kan? XD




Barang barang yang dibeli sebelum ditambah dengan ayam & ikan & monchie wonchies~




Dialog,
Ezrin : Kita nak beli ikan ape ni dik?
Ezwin : Mama suruh beli ikan.
Ezrin : Yelah, ikan ape?
Ezwin : Ikaaaaann....entah~ (^______^")


Sabar je lah!


Anyway, sekarang ni dunia dah maju. Jadi banyak raw material yang dah maju juga. Contoh paling senang, cili boh. Dah ada yang siap berpaket dah. Tak payah nak potong, basuh, masak lalu blend. Leceh!

Or ayam dan ikan yang dah siap disiang dan dipaket kan. Siap ikut size & jenis lagi.

Jadi, hairan tak bila ada yang still nak beli cili kering lalu DIY cili boh kat rumah. atau beli ayam sekor sekor & siang sendiri di rumah. Or siang ikan lepas tu mengadu jari kena tusuk dengan tulang?

Kenapa nak susah kan diri guna cara lama? Tapi lepas tu mengadu nak guna teknologi canggih. Tak paham lah!

Mungkin ada yang rasa cili boh yang diblend sendiri lagi sedap. Memang! Tapi takkan lah semua cili boh yang siap diproses tu tak sedap. Kalau semua tak sedap, celah mana pulak boleh dapat sale dol?

And hari tu juga terjumpa satu penemuan baru. Ikan dalam packaging. Tapi bukan difilet tau. Dalam packaging tu ada ikan sekor sekor. Nampak fresh lagi!



Sila tengok betul2 ye? Yang korang nampak, siap ada mata tu gambar kat packaging je. XD




Harga pun baru RM 5.00 sepeket. Kalau nak dibandingkan dengan harga ikan pameran yang dekat tepi tu.....




RM 4.99 (kira 5 hengget lah tu kan) per KG. Tapi kalau seekor ikan tu beratnya 2KG? Tak ke pasal2 nak bayar RM 10.00 untuk ikan cencaru seekor?


Kalau beli yang dalam packaging tu, dah lah murah, abang2 Tesco dah siap siang lagi ikan tu. Balik rumah boleh terus basuh dan masak. Tak payah susah2 kaan?

Jadi, kau orang masih nak beli ikan ini?



Terkejut tak? *gelak mcm icon emoticon kat bawah tu*

MyEm0.Com



TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Monday, August 31, 2009

Selamat Ulang Tahun Malaysia!!

Hari ini kita sambut hari Merdeka yang ke-52.

Ada beli bendera?

Buat apa malam tadi?

Merdeka tak?

=)


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Thursday, August 27, 2009

Kerana overdose....

Good Morning~!

Ececeh...siap bagi greeting lagi ni! HAHA!

By the way, tak boleh tido ni. Sebab teroverdose minum white coffee semalam waktu berbuka. Jadi langsung tak boleh tido malam tadi. 4 jam guling2 atas katil. Pukul 4.20am dah turun siap2 untuk sahur. Siap bagi makan kucing dulu sebelum tu. Gila penangan white coffee betul!

Harap2 kuasa caffeine ni boleh bertahan sampai esok. Kalau tak mau tersengguk sengguk kat office nanti.

Sebab tak boleh tido, jadi ambil keputusan untuk merompak ladang ladang tanaman rakan-rakan di facebook lalu menjadi kaya raya. MUAHAHAHAHAHAHHAHAAA!

Kemudian boleh lah beli ayam~! Yay! v(^o^)v


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Wednesday, August 26, 2009

Google-ing lagi!

Hari tu takde kerja, lalu google nama sendiri lagi. And guess what I've found!
~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~
An I ♥ Aida Teddy Bear!!!!!



Boleh beli untuk saya? *buat mata ala2 puss in boots*

MyEm0.Com


MyEm0.Com



TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

New Phone?

Handphone lama dah berusia 2 tahun. Masih lagi elok. Jadi wajar ke kalau nak beli handphone baru?

Sebab sendiri guna sampai 2 prepaid line. Satu Hotlink dan yang lagi satu DiGi. Sebab secondary phone adalah nokia model 1100. Sungguh ol'skool!

Jadi kalau boleh mahu beli handphone yang ada wi-fi. So boleh surf 24 jam tanpa henti, everywhere, tanpa perlu bazirkan prepaid kredit. Bukan mengada okay! Cuma kadang2 tu nak beli gadget baru. And nak cuba start live blogging. Sebab macam interesting. =)

Lagipun, gadget lagi penting dari baju baru. Lagi sanggup kumpul duit beli gadget dari berabis ratus2 pada baju or make-up or bags or shoes. Sebab itu kegunaan harian. If ada lagi yang elok buat apa nak beli yang baru kan?

Tapi gagdet ni lain, ia macam satu kepuasan. And kalau sengal, bosan tahap dumbledore mengamuk, boleh on je gadget lalu have fun sampai lebam. Main game dan surf the web itu fun tau tak?

Dari duduk melepak, gosip sana sini, ngorat awek ke, lagi elok main game tau!

Jadi soalan pada hari ini ialah, which handphone to buy?

Adakah Sony Ericsson W995?


atau

Blackberry Bold Diamond? yang mengancam macam anak kucing sexy!




atau pun yang ini,

Blackberry Storm? yang hitam legam elegant menarik lagi tertarik!




Ketiga tiga phone ini memang terhebat! Tapi mestilah Blackberry tetap tak boleh challenge Sony. Disebabkan oleh 8.1 MP camera phone yang hebat itu. Tapi susuk tubuh Blackberry lagi mengancam kan? Sony macam budak sekolah pulak~ Ish!

Jadi, yang mana nak dibeli ni weh? yang mana? Hah? Hah? Hah?

*nyanyi lagu Ajai & Nurul, Keliru*


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts