Tuesday, August 25, 2009

Tiba tiba rindu si dia.....

Eh? Rindu siapa ni? Boyfriend kah? ROFL!!

Tapi memang rindu pada si boy friend! Bukan teman istimewa okay! Cuma kawan sehidup semati di kolej dulu. Dimana ada Aida, di situ Dia ada. Di mana sahaja Dia ada, Aida pun menyebok sama! HAHAHA!

Biasalah. Hujung2 bulan August nak masuk September ni, memang selalu akan teringat pada Dia. Sebab hari ulang tahun nak dekat. Jadi tengah pikir apa nak buat untuk si Dia. Tahun lepas cuma sempat wish. Itu pun terlambat 3 hari. Sumpah terlupa okay!

Tahun nie, hari ulang tahun jatuh pada hari raya ke-3. Confirm lah si Dia takde untuk buat parti berjimba terkejut. Jadi mungkin beli sahaja hadiah dan beri seminggu sebelum raya. Sebab pelan nak buat makan2 berbuka bersama rakan2 sekuliah. Kesempatan ini haruslah diambil dengan bijak!

Tapi nak beli apa untuk si Dia?

Haaaiisshh..susah lah nak beli hadiah untuk jantina male ni~

Btw, i rindu u lah giler!




TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Tiba-tiba nak bernostalgia lah pulak...

Semalam entah kenapa, tiba-tiba nak tengok balik album gambar-gambar di zaman batu. Ada satu album kepunyaan sendiri yang di stokkan dengan gambar dari baby sampai la dah sebesar gajah. Gambar baby tu curik je dari album-album yang lama. Ambil banyak gila sampai mama bising sebab banyak page album yang kosong kena cekau! ahahahaaa!

Mama cakap, tak cantik lah kalau orang tengok nanti!

Eleh, macam ada je yang nak tengok. Kalau ada pun sebab dibagi tengok sebagai modal memalukan kami adik-beradik. Walaupun hakikatnya kami adik-beradik sungguh comel bajet nak kene makan cubitan manis yang pedih! adei! *perasan*

Jadi semalam terjumpa banyak gambar yang bila tengok balik rase mcam...wow! That was me years ago! Sunggu gedik!! HAHAHAHAHAHHAHAHAAA!

Tapi apa apa pun gambar ini adalah yang terbaik! Sebab ini adalah sewaktu big brother's elementary school graduation ceremony. Tapi si adik menggedik nak join jugak. Nasib baik comel. Kalau tak, dah kena makan pelempang dah! HAHAHAHAHAHA!



I think that I was too upfront that I dont think that I need to mark which one was I. Kau orang pun mesti boleh tau yang mane satu si gedik itu kan?

And if I'm not mistaken, waktu itu tengah menyanyi lagu kanak-kanak riang. Alaa..nursery rhyme la! Yang guru-guru tadika selalu ajar tu. Tapi waktu itu baru berumur 3 tahun. Jadi belum masuk tadika. Satu lagu pun tak tau. Kecuali lagu2 nursery indonesia yang selalu dinyanyi oleh pembantu rumah sebelum tidur.

Jadi bantai je lah nyanyi tu. Sebab nak nyanyi jugak! AHAHHAHAHAHAHAHAHAA! ye..dah boleh tampar dah si kecik ni~

Lalu terjumpa gambar ni pulak. Gambar masa darjah 3. Kelas 3 Teratai. Kelas tingkat paling atas dan paling hujung bersebelahan dengan toilet yang tak boleh guna. Dia orang cakap, toilet tu berhantu! HAHAHA! Nina, do you remember?



Ini gambar di zaman "Angin bayu membelai diriku~~~" HAHAHAH! Waktu ni, I think, masa semester akhir kot. Sebab kelas tengah ada parti. Kan masa sekolah rendah dulu selalu buat parti akhir semester. Kerusi & meja di susun keliling kelas. Pastu mesti bahagian tengah tu ada 4 or 6 buah meja untuk letak makanan. Lepas tu ada ruang luas sikit untuk siapa2 yang nak buat pertunjukan kelas. EHEHEHHEEEE~! Kami lah tu! *buat muka gedik* LOL!

Kemudian ada gambar ni pula. Gambar kenangan paling manis masa sekolah rendah dulu. Ini geng2 Backstreet Girls tau! HAHAHAHAHAH! Setiap kali Talentime or Hari2 celebration, kita orang mesti group pertama yang selalu daftar nama dulu. Gila poyo! Perasan celebrity lagi! *tampar muka sendiri yang perasan tahap kambing beranak*



Yang si kembar dua orang kat depan tu menyibuk je. Nak jugak join ambil gambar. Konon style la ambil gambar dengan kakak-kakak senior. BUAHAHAHHAHA!!! And by the way, this picture was taken after we rehearsed BSB's "Everybody Backstreet's Back" dance. Kan dah kate, kami ni Backstreet's Girls! *sila beri tendangan maut tahap cimpanzi menetas*

*Tarik nafas dalam dalam lalu lepaskan selepas tepat 3 minit*

Bila tengok balik gambar-gambar lama ni, kadang kadang tu macam rasa sayu pulak. Mana semua kawan kawan ni pergi? Dah kawen? Dah beranak 5 ke? A few je yang jumpa balik. Itu pun tak jumpa face to face. Dalam facebook la. Friendster ke, Myspace. Apa apa lah!

Tapi yang pasti, i had lost contact with most of my primary school friends. Sedih pun ada. Bila terkenang balik, we used to be so closed. Dah macam adik beradik.

Tapi...takde pun... *sedih*


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Monday, August 24, 2009

Mendeka! Mendeka! Mendeka!


Dulu masa kecik2 tak reti sebut Merdeka. Lalu Merdeka pun jadi Mendeka. *gelak! gelak! gelak!*

Dulu masa kecik paling cepat nak beli bendera. Yang ada gula2 warna warni kat dalam batang bendera tu. Lepas tu hujung sekali ade whistle. Lepas kenyang makan candy boleh lah main tiup2 pulak.

Dulu masa kecik tak sabar nak pergi sekolah. Sebab ada sambutan hari Merdeka. Tak sabar nak kibar bendera. Nak nyanyi lagu Allahyarham Sudirman. Lepas tu laung Mendeka! Mendeka! Mendeka!

Dulu masa kecik suka bila ada sambutan hari Merdeka. Sebab boleh pergi beli bendera banyak2. Lepas tu pergi sekolah pakai baju kebangsaan. Baju kurunglah. Suka sangat!

Sekarang dah besar. Dah boleh sebut Merdeka. Tapi kenapa tak beli bendera lagi? Kenapa takde bendera digantung lagi? Kenapa tak nyanyi lagu Sudirman bila radio pasang lagu tu? Kenapa tak sambut hari merdeka dengan baju kurung lagi?

Kenapa eh?

Hmmm....semua orang penat puasa kot~ *sigh*

picture credited to saifulrizan



TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

10 perkara paling dibenci (Edisi Shopping Mall)


1. Benci time ada Sale. Dalam shopping mall pun boleh ada traffic jam! Lagi2 Jusco, seremban time weekend. sungguh macam haram~~~~

2. Tak suka beratur panjang2 kat kaunter. Sama ada si cashier buat kerja lembab nak mampos. Atau si pembeli yang bodoh tiba2 terlupa which credit card yang terover limit. Kelapa parut betul! (p/s:sebenarnya nak tulis kepala hotak, tapi tertype kelapa. so just go on with it! ahahahahaaaa!)

3. Bila tengah syok pilih baju, tiba2 keluar kepala budak2 from celah2 baju. Pastue lari keluar and pijak kaki. Sumpah at that time macam nak tarik je kepala budak2 tu & tolak die masuk balik dalam celahan baju. Biar lemas! Puas ati aku! (p/s: i wasn't always tis mean y'all! hahahaha!)

4. And speaking of kids, I hate it when parents just simply let their kids running around the mall unattended. If tak kacau orang lain takpe lah. Tapi ini, sampai punggung aku pun die nak kuis, ape kes? Memang free2 la anak kau kena cubit ngan aku! muahahahahhaaa! Sape soh tak reti jage anak? Padan muka! (p/s: aku paling benci bila orang cakap, "alaa..budak2 kot. Kau macam lah tak pernah jadi budak~," Eh, dengar sini! Memang aku pernah jadi budak, tapi aku tak macam tu kooot! Aku time kecik dulu, nak pergi section toys pun mintak izin mak aku dlu tau!)

5. Benci bila sales person yang terlampau menyibuk. Memang lah job kau untuk layan customer. Tapi bila customer dah cakap "Takpelah. nak tengok je dulu.", meaning kitorang tak perlukan kau. So berambus ar. Yang kau nak kena ikut bontot kitorang tu kenapa? Annoying tau tak?

6. Benci cashier kaunter yang tak reti nak bukak banyak2 bila obviously ramai customer on that day. Tolong jangan bagi alasan, pekerja kau cuti. Sebab kau shopping mall kot! Dah tentu most customer akan datang on weekend. Yang kau bagi pekerja kau cuti saper suruh? Hah! Skang kau jadi cashier!

7. Pernah tak satu hari Sales tu, korang tengah syok2 pilih item untuk dibazirkan duit, ade another customer yang sentiasa JE ada wherever you went? and bila kau pilih baju ni & letak balik, die pun amek & letak balik baju yang sama. Kau nak gi section jeans, die pun pegi tempat yang sama jugak. Benci giler dowh! Seeebboookk!

8. Bila time lunch, semua restaurant penuh! Fast food toksah cakap ar~

9. Parking penuh! sungguh macam haram. Jadi mari kita pun parking haram~~ mehehehehheeee!

10. Kata je discount. Tapi harga boleh buat beli makan lunch seminggu kot~!

Habis~!


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Saturday, August 22, 2009

Tak Kelakar La Weh~~~~!!

Memang tak best ar. Sungguh lagi tak kelakar laaa. Semangat giler aku bangun pagi nie nk sahur weh. Memang dah siap mentedaghah nasi dengan lauk ayam merah dah pun tadi.

And seperti biasa, lepas sahur, basuh pinggan. Sebelum masuk membuta balik, kena kumur gosok gigi. Takut kang tengah syok2 baring, ade plak tertinggal serpihan kat celah gigi kan? Elok plak lidah tu tarik2 sambil gigit2 lalu telan. Batal pulak pose diri ini kaan?

Dah sudah berkumur tu, of corz la dtg pulak tibe2 nak melepaskan hajat sekali kan. Alang2 dah ada dalam toilet, sekali harung sahaja! Walau padahal, takde niat pun sebelum itu.

Tapi memang sungguh tak kelakar la pemandangan yang seterusnya. Sungguh tak kelakar weh bila nampak ada pulak traffic lite merah pagi2 macam nie kan? Memang la tak kelakar weeeeehhhhhhhh!!!!!!!!!!!!

Bengang aku!


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts