Saturday, August 22, 2009

Happy Ramadhan =)

Ceh! Tajuk tak ley blah langsung...bajet nak kena sepak je kan? Itu konon tak nak guna Selamat sebab kononnya cliche la. Sebab semua orang pun guna yang sama. so bajet nak laen dari yang laen lah? GEDIK!!!! *tampar muka sendiri*

Anyway, baru je lepas bace niat puasa untuk sebulan. Senang. Sok2 takut terlupa nak baca. Biarlah kita nie perempuan sekali pun, nnt ade je hari yang wajib di skip puasa....tapi tak salah kot siap sedia bace niat untuk sebulan kan? sebab manelah tau, tiba2 boley puasa penuh la pulak kaaaann? manelah tau~~ hhehehe~~

Korang dah niat ke belum? Niat cepat lah! Esok dah puasa weh!

Honestly, tak sabar nak buka puasa with the whole family. walaupun dalam keadaan tak berapa sehat. akan tetapi, ia tidak menghalang diri untuk berpuasa lalu berbuka kegirangan! muahahahahahaa!

Tak sabar nak bangun sahur!

Tak sabar nak gi bazaar ramadhan!

Tak sabar nak buka puasa!

Best woooo duduk depan TV sambil tunggu azan maghrib. Sebab nanti ada kartun kotak kanak2 baca doa makan.


(^____^)


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Thursday, August 20, 2009

Tak boleh tido la pulak........

Malam nie tak boleh tido. Kepala sakit. Asyik guling2 atas katil. Jadi bangun lalu on laptop. Perkara pertama akan bukak facebook. Periksa tanaman. Kemudian buka Restaurant City. Kejutkan pekerja lalu kerah mereka jalankan perniagaan. =)

Kuat berangan betul! Sebab tu permainan Beta dekat facebook sungguh addicting. heheh!

Tadi dah telan 2 biji panadol. Tapi kepala masih sakit. Tak boleh nak tido lagi. Mulut pulak rasa tak selesa. Telan air suam pun rasa pelik. Nak muntah balik. Hidung pun bau pelik. Macam semua benda pun bau macam cili sos. Ish! Tak suka nya demam macam nie~

Esok confirm lah tak pergi kerja lagi kan? Haish~ Macam takkan ke office je minggu ni~ Abah & Mama pun tak sihat lagi. Semua pun tak pergi kerja. Tadi tiga2 bantai makan sup campur untuk dinner. Lawak gile bile tengok semua demam makan pelahap gila kat meja makan. Macam zombie pun ada. Hahaha!

Hissshh~ honestly nak cepat elok from demam. Dah tak tahan dah asek kena duduk rumah. Walaupun bukan kena kuarantin oleh pihak baju putih, but still, demam time wabak macam nie, memang kena kuarantinkan diri sendiri. Dah jadi tanggungjawab kaaann? Ececewaaaahh~! Geli aku! Haha!

Wish me well y'all! Taaaaaa~~~~~! =)


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Wednesday, August 19, 2009

Demam lagi..........

Lamanya tak update blog.

Bukan sengaja. Tapi weekend lepas, pergi Melaka sebab ada GACC event di MMU, Melaka. Every year memang tak pernah miss join event nie. Sebab event yang terbaik so far. Tapi entah kenapa, GACC tahun ni kurang best. Bosan giler. Dua-dua hari event pun balik awal. Langsung tak join Chibi Matsuri. Haaaaiiissshh~~~! (-___-")

Lagipun, badan memang kurang sehat. Even sebelum sampai Melaka pun dah rasa tak sehat. Tapi degil. Nak pergi jugak. Konon sebab nak makan takoyaki. Tapi hidung si penjual pun haram ade! ah! benci giler!

Bila dah sampai Melaka, baru teringat yang Melaka dah jadi redzone of H1N1. SHIT!! giler scary kan? Dah la tengah demam. Pergi lagi kawasan berdarah. nak mampos?

Jadi 85% waktu di sana berhabis dalam hotel room je. tak berani nak keluar jalan2. Mula2 memang berangan nak naik menara tamingsari, tapi disebabkan perasaan takut yang tak dapat dibendung, dapat tengok dari tingkap bilik pun jadilaaaa~!

By the way, hari ni hari Rabu. Genap 6 hari demam. Since balik dari Melaka, langsung tak keluar2 rumah. Meaning dah 3hari tak pergi kerja. sungguh tak kelakar weh~~~!

*cough*cough*

Bila nak baek nie...???? Woooooooooo~~~~~~!! T___________T


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Wednesday, August 12, 2009

eh....eh? ada jugak ke?

Tadi masa jalan2 buang masa di jusco, tiba2 buang tebiat nak baca buku dalam MPH. Saje. Kononnya nak beli buku bacaan. Haha! Ada hati! Novel yang ada kat rumah pun tak habis baca lagi. Siap dah jadi rumah si Lelabah. Rumah banglo double-storey lagi you!

Tapi honestly, memang kadang2 tu datang jugak jiwa murni nak membaca. Kononnya, dari buang masa melepak berasap, lebih baik tambah ilmu di dada kaaaann? Sangaaaaat!

So jiwa yang tiba2 murni ni pun pergilah ke favourite section. Sebab suka baca buku yang Non-fiction, so section paling menarik di MPH adalah Asian Interest. =)



Nak dekat 4 buah buku dibelek. Yang itu macam best. Yang ini kelakar. Yang sinun sungguh idealistik. Yang sinin pulak menginsafkan. Tapi buku yang paling best is 'I AM MUSLIM' written by Dina Zaman. Best wooo buku tu. Nak beli. Tapi....ish! mesti bertapi. Kalau beli rokok tu tak nak pikir dua kali pulak kaaan?!

Anyway, tengah syok baca tiba2 ternampak sesuatu yang macam familiar.



Nampak tak? Ke rabun? nak kene gambar lagi close-up? Nah!



Hah! Hambik kau! Buku INNOVATION LIMKOKWING ni pun ada jual kat MPH tau! Gila pencari publisiti sungguh. Tak kuasa aku nak bukak pun. Dekat library dia berlambak kot. Nak baca? Sila. Free lagi! Tak payah nak bazir RM 39.00 untuk buku yang sudah pasti isinya sentiasa mengangkat bakul sendiri tu.

Iye. Memang Limkokwing University ini bagus. Sangat bagus. Kalau tak, takkan lah dulu bermati-matian nak jugak belajar kat sana kan? Cuma management beliau sungguh sampah. Sangat sampah sampai hati ini meluat bila nampak logo Limkokwing merata-rata.

Tapi at the end, sendiri jugak yang bangga bila dapat bagitahu satu dunia yang dialah graduan Limkokwing Universiti. Ahahaha!

Poyo nyeeeeeee lah!

Tamat-


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Tuesday, August 11, 2009

10 perkara paling dibenci (Edisi memandu)

1. Benci bila golongan perasan bawak kereta di lane paling kanan, tapi kelajuan tahap kura-kura nak beranak. Lembab nak mampos! Dah bagi signal nak potong pun die boleh buat dek je. High beam dah kasi, aku cucuk pun sikit punye baek...kau boleh lagi tak ketepi. Bebal betul lah kau wahai manusia.

2. Benci bila kau tak reti nak bagi signal. Kau ingat tu barang hiasan kereta ke hah, samdol?

3. Benci tengok kereta yang dimodified. Ekzos sikit punya besar. Bunyi boleh kalah lori 1000tan. Tempat sidai kain sikit punya cantek. Tapi ah so jual sayur pun bawak lagi laju dari kau! Lepas tu bile tiba2 si empunya kereta bercat Hello Kitty adalah lelaki. wadefak la wei?

4. Benci tengok kereta yang penuh dengan budak kecik yang tak reti duduk diam. Lepas tu kau boleh bantai bawak kereta ala Too Fast Too Furious. Besok kalau eksiden, budak2 tu tercampak, simpan saja air mata kau tu buat lap tayar kereta.

5. BENCI GILER DENGAN ORANG YANG SUKA POTONG QUE!! KEPALA HOTAK KAU!!

6. Bila si pemandu terlampau berhati-hati di jalan raya sampai menyusahkan orang lain. Can you please stop being selfish and get out of my way?

7. Benci giler bila traffic light rosak.

8. Benci bila baca car sign yang tak kena dengan pemandu. cth: 'Hot Guy Inside' padahal muka dah macam orang pecah rumah. Sungguh tak kelakar~

9. Bila si penunggang mencilok bagai pro lalu melanggar side mirror kereta ku. Memang manusia cilaka~

10. Aku paling benci bila golongan manusia yang cacat otak ni berlumba atas jalan raya. Kalau nak mati cepat, pergi sorang2 lah. Aku tak nak ikut kau pergi mati la samdol!



Habis.....


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts