Weekend lepas pergi bercuti gumbira di Melaka. Selepas 3 tahun lebih, baru dapat overnight rumah Dayah. Itupun cuma sempat 1 malam. Memang langsung tak puas. Lain kali nak ambil cuti banyak2. Jadi nanti hari2 boleh pergi pantai! Yay!
Btw, malam Jumaat lepas, Bora Ombak buat Raya Open House. Makanan sungguh heaven! Gila variety! Dari Nasi Goreng Kampung ke Spaghetti Carbonara. OHMYGEWH la kaaan? *leleh2 air liur*
Lepas puas party2 makan baru sedar diri hari dah makin lewat. Jadi terpaksa pulang segera.
Esok pagi2 (pagi la sangat, 12.30pm baru bangun oi!) bergerak pergi Pengkalan Balak, Melaka. Kami lalu ikut PD, sebab lagi dekat. Jadi dapat jimat minyak. Tapi terlupa yang PD tengah sebok dengan pilihan raya bagai. Jalan boleh tahan sesak gak ar.
Bendera penuh sana sini. Semak gila! Tak terperanjat if balik semula ke Seremban esok, PD akan penuh dengan sampah bendera. *rolleyes*
Okay, whatever! Sambung balik cerita. Sampai rumah Dayah around 3pm. Lunch nasi putih lauk daging asam pedas dengan kerang masak sambal. Oooohh!! Heaven! LOL!
Petang tu, Dayah ajak pergi cari kedai Komputer kat Pekan Masjid Tanah. Sebab laptop kesayangan rosak. Assignments pulak menimbun. Jadi harus baiki laptop dengan segera. Tapi heartbroken gila bila takde satu pun kedai Komputer buka.
So without thinking, kitorang gamble je turun Melaka. dengan berpakaian rumah. Comot nak mati. Selekeh okay! Bulu kucing melekat lekat atas baju lagi! AAHH!! ada aku kesah! LOLOLOLOL!
Muka bantal masing masing yang tak bley blah. LOL!
Lepas selesai kerja mencari laptop, Oh! btw, tiada yang mampu baiki laptop antik Dayah selain yang ada di Pekan Masjid Tanah, jadi decided to survey new laptop. Lagipun, memang sudah masanya Dayah beli laptop baru. Sebab serious lappy lama tu antik gile okay!
Haah...sambung cerita balik, lepas selesai laptop hunt...sekali lagi nak gamble jalan2 di bandar Melaka. Mula2 ingat nak gi karaoke dekat Dataran Pahlawan. Tapi bila ingat harga yang cekik darah sampai muntah purple semua, terus tak jadi!
Kemudian pergi Arena. Dayah cakap boleh pusing satu bangunan naik buggy. Gila best!
Sebenarnya ada video bukti kami pergi jalan2 di Arena. Tapi sebab sangat raw. and tak ber-edit lagi. Jadi segan gila nak upload. Ahhahahahaaa~~~ so kamu tak boleh lah nak tengok muka happy kami naik buggy.
Haha! dah laa...dah tak tau nak tulis apa. bui~!
TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!