Chewahwah! Pagi2 lagi dah nak berbelog ni. Gila semangat si blogger perasan ini!
Mesti korang macam hairan kan? Kenapa pulak title kali ni ditaruk dengan nama wanita Doraemon yang annoying itu kan?
Kerana adalah disebabkan oleh, hari ini adalah hari gedik sedunia. muahahahaha! *gelak syaitan* ah! takde kerja nya nak jadi gedik sambil beridola kan si wanita Doraemon ini.
Cuma malam tadi si
Oh!Artis post satu artikel about her yang sorta annoying. Bukan Oh!Artis yang annoying. Tapi si wanita Doraemon tersebut lah.
Dia kata dia pernah kena propose dengan Ally Iskandar.
*sila buat bunyi cengkerik*
Mungkin betul kot. *tengah tahan gelak*
Tapi apa2 pun korang baca ini. This was stolen (pinjam lah) from Oh!Artis and written by Fasha herself from her myspace's page.
Sebelum baca tu, diminta sediakan bakul or baldi kat sisi anda. Mane lah tau kot2 nak muntah pulak lepas tu kan? Tapi ini bukan full version. Kalau nak baca yang full version, sila klik
sini.
Salam Ramadhan buat semua sahabat yang saya sayangi di Myspace. Terima kasih kerana masih sayangkan saya,masih ambil tahu tentang perkembangan saya,masih menghantar comments dan masih bertanya khabar mengenai saya sehingga ke hari ini. Maafkan saya,tak dapat balas blah...blah.....blahhh....ZZZzzzz~~
Saya sudah selesai shooting filem ‘4madu’ arahan prof razak, drama ‘lakar’ blah...blah....blah...... Jangan lupa tengok ya dear!!….*sila buat roll eyes*
Perkembangan terbaru,saya baru selesai pengambaran iklan blahhh...blah...blahh...
Saya dapat macam2 pertanyaan dari anda semua tentang hubungan saya dengan rizal ashram(jejai) dan juga tentang perkahwinan saya dan ekuin Negara qabil. Jadi,dengan kesempatan yang ada di buletin ni,biar saya jelaskan kepada semua sahabat yang betul mengambil berat tentang diri saya. Terima kasih kerana bertanya pada saya,ini menunjukkan anda semua masih sayang dan ingin mengambil tahu tentang diri saya. Love u all my friends!!….*muntah seket*
JEJAI….(ini ex Nora Danish)
Saya amat terkejut dengan penyebaran gambar2 saya bersama jejai di internet kebelakangan ini…saya tidak tahu apa motif penyebaran gambar saya dengan dia. Ya,Memang saya pernah berkawan rapat dengan rizal ashram(jejai). Saya mengenali jejai sejak tahun 2005 sebelum dia berkahwin dengan nora Danish. Harus saya jelaskan disini,memang saya tidak pernah bercinta dengan jejai ketika dia masih suami nora Danish…..
Saya dan jejai menjadi rapat sejak januari tahun ini iaitu 6 bulan setelah Nora Danish bercerai. Dia adalah teman rapat saya pada ketika itu. Kami selalu berjumpa dan dia adalah lelaki yang istimewa utk saya pada ketika itu. ….
Memang betul, jejai pernah melamar saya. Dia melamar saya pada tanggal 3 january awal tahun 2009. Saya beritahu mama dan keluarga tentang perkara ni tapi mereka menentang. Saya yakin keluarga jejai juga tentu tidak suka dengan hubungan ini kerana jejai sudah punyai seorang anak hasil perkahwinan dengan nora. Tetapi itu semua kisah lama,kami sudah tidak rapat seperti dulu lagi kerana mama saya menghalang saya terlalu rapat dengan jejai diatas macam2 sebab. Saya menghormati permintaan ibu saya kerana saya terlalu sayangkan mama saya. Mama adalah nyawa saya. Saya sanggup mati demi mama…..
Saya faham,sebagai seorang ibu, mama mahukan yang terbaik untuk masa depan saya. Mama sedih setiap kali orang berkata yang tidak baik tentang diri saya. Orang menuduh saya punca penceraian Nora dan jejai sedangkan orang tidak tahu cerita yang sebenar.. Walaupun hubungan kami dihalang, Saya dan jejai terus berhubung sehinggalah pada tanggal 11 feb, saya mengambil keputusan untuk tidak mahu meneruskan apa2 hubungan dengan jejai lagi kerana terlalu tertekan. Saya terlalu tertekan kerana saya dipersalahkan sedangkan orang tidak tahu perkara sebenar. Kami tidak berhubung selama hampir sebulan sehinggalah pada 7 march, jejai menghubungi saya dan merayu2 supaya memaafkannya. Ketika itu saya berada di Pasir Gudang,Johor.. Jejai terus menghantar sms dan menghubungi saya setiap hari selepas itu walaupun saya tidak peduli dengan rayuannya. Pernah juga jejai menunggu dihadapan rumah saya selama 4 jam untuk bercakap dengan saya.Jejai tetap mahu saya berkawan dengannya walaupun tidak jadi seperti dulu. Saya setuju setelah berminggu-minggu dia memujuk saya. ….
Walaupun sudah tidak ada sebarang hubungan istimewa, saya dan jejai masih berkawan selepas itu. Di mata saya pada ketika itu,dia seorang lelaki yang baik ,selalu mengambil berat tentang diri saya dan keluarga dan saya tahu dia perlukan saya dalam hidupnya sebagai seorang kawan. Walaupun ramai org berprasangka yang tidak elok ttg dirinya .,saya tetap berkawan dengan jejai ketika itu. Pernah juga kami mencuba utk kembali bersama selama beberapa kali tetapi gagal. saya rasa masyarakat tidak harus menunding jari pada sesiapa tentang penceraian Jejai dan isterinya. Hanya mereka berdua yang tahu apa yang tidak kena pada rumahtangga mereka. Lagipun soal jodoh,ditangan tuhan. ….
Tidak dinafikan,saya menjadi mangsa tuduhan,.sering dihina dan blahhh blaaaahhh...blaaahhhh....bosannyaaaaaa~~!
Kesimpulan tentang hubungan saya dan Jejai,kami pernah menjalinkan hubungan istimewa sebelum ini ,tetapi kami hanya berkawan selepas itu sehingga tarikh 18 August 2009. Sekarang tidak berhubung lagi. End….. (mengaku sioot! eh? i sounded like rempit nie..! LOL)
….
QABIL AMBAK….(who?)
….
Saya mengenali Qabil Ambak pada August 2008 di blah..blah..blah...ZZZZzzzz~~~~ Kami menjadi kawan baik dan lebih rapat selepas Qabil datang membantu saya di SJMC dan Damansara specialist pada 12 feb 2009. Saya terpaksa ditahan selama 2 hari di hospital kerana mengambil pil tidur berlebihan. (sungguh drama rtm weh~~)
Saya mengalami insomnia pada ketika itu kerana tekanan perasaan yang saya hadapi menyebabkan saya sukar untuk tidur. Qabil adalah sahabat yang paling rapat dengan saya pada waktu blahh...blahhh...blaaahhhh....blah la wei!..
….
KAHWIN….(yang nie hot weh! sila baca dengan penuh dedikasi)
….
Ini adalah pengakuan saya yang iklas. Sepanjang hidup saya,sudah 4 kali saya dilamar untuk dijadikan isteri dan sudah 4 kali saya menerima cincin.. ….
Lamaran pertama adalah pada tahun 2007 oleh Ally Iskandar. Saya menolak secara baik walaupun mama dan keluarga sukakan Ally. Saya menolak kerana kerana saya hanya menganggap dia sebagai seorang abang. Dia terlalu baik untuk saya…..
Lamaran ke2 adalah daripada seorang VVIP yg sangat dikenali dari Brunei pada pertengahan 2007. Saya menolak kerana saya langsung tidak mengenali vvip tersebut. Dia seorang peminat (tak mungkin saya ingin berkahwin dengan orang yang saya langsung tidak kenal)…..
Lamaran ke3 adalah daripada Jejai pada Januari 2009. Saya mengambil masa yang panjang untuk berfikir tentang perkara tersebut kerana terlalu banyak masalah yang akan saya hadapi sekiranya saya berkahwin dengan jejai…..
Lamaran yang ke 4- pada pertengahan Mac. Siapa lelaki itu? Siapa lelaki yang akan menjadi suami saya? Insyaallah,saya akan umumkan pada hujung tahun ni. Saya Cuma minta agar jangan diberikan sedikit masa diatas sebab2 tertentu. Saya hanya menunggu masa yang sesuai . Doakan agar tidak ada aral yang akan menganggu hubungan kami. Bukan saya tidak mahu berterus terang sekarang,..saya khuatir jika saya beritahu sekarang,perkara lain pula akan jadi. Lebih elok saya umumkan apabila masa yang sebenar sudah hampir tiba. Apapun,Kita hanya mampu merancang. Tuhan yang menentukan….
….
CINTA….
Cinta saya adalah pada kerjaya saya,blahhh..blahhh...blahh....only craps!
Thanks again,….
Nur Fasha Sandha….
Okay2! Sangat annoying. and I bet mostly korang ada skip reading those nonsense kan? Tapi honestly, tiba-tiba datang rasa macam...hmmm, betul kot dia nie memang perempuan baik sebenarnya. And everything yang I heard about her just some nasty rumors.
But then again, Malaysia nie bukannya besar mane pun. and those writing.....bukan skrip eh? Sebab seriously macam character dalam Sutera Maya. Not that I've seen it, but I used to watch it pada mula sebab I thought Eri Putra was cute. And I like Faezah Elai (sila abaikan kalau tak kenal. and i bet Dayah dah angkat kening thinking that I actually knew Malaysian actors).
LMAO!
Cam pelik kan blog ni tiba tiba tulis pasal Fasha Sandha? LOL!
Sebenarnya annoying dengan dia. Tapi tak tau nak tulis kat mane. So macam biasa lah. Mari berbelog~~~~!
=)
TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!