Tuesday, August 25, 2009

Tiba-tiba nak bernostalgia lah pulak...

Semalam entah kenapa, tiba-tiba nak tengok balik album gambar-gambar di zaman batu. Ada satu album kepunyaan sendiri yang di stokkan dengan gambar dari baby sampai la dah sebesar gajah. Gambar baby tu curik je dari album-album yang lama. Ambil banyak gila sampai mama bising sebab banyak page album yang kosong kena cekau! ahahahaaa!

Mama cakap, tak cantik lah kalau orang tengok nanti!

Eleh, macam ada je yang nak tengok. Kalau ada pun sebab dibagi tengok sebagai modal memalukan kami adik-beradik. Walaupun hakikatnya kami adik-beradik sungguh comel bajet nak kene makan cubitan manis yang pedih! adei! *perasan*

Jadi semalam terjumpa banyak gambar yang bila tengok balik rase mcam...wow! That was me years ago! Sunggu gedik!! HAHAHAHAHAHHAHAHAAA!

Tapi apa apa pun gambar ini adalah yang terbaik! Sebab ini adalah sewaktu big brother's elementary school graduation ceremony. Tapi si adik menggedik nak join jugak. Nasib baik comel. Kalau tak, dah kena makan pelempang dah! HAHAHAHAHAHA!



I think that I was too upfront that I dont think that I need to mark which one was I. Kau orang pun mesti boleh tau yang mane satu si gedik itu kan?

And if I'm not mistaken, waktu itu tengah menyanyi lagu kanak-kanak riang. Alaa..nursery rhyme la! Yang guru-guru tadika selalu ajar tu. Tapi waktu itu baru berumur 3 tahun. Jadi belum masuk tadika. Satu lagu pun tak tau. Kecuali lagu2 nursery indonesia yang selalu dinyanyi oleh pembantu rumah sebelum tidur.

Jadi bantai je lah nyanyi tu. Sebab nak nyanyi jugak! AHAHHAHAHAHAHAHAHAA! ye..dah boleh tampar dah si kecik ni~

Lalu terjumpa gambar ni pulak. Gambar masa darjah 3. Kelas 3 Teratai. Kelas tingkat paling atas dan paling hujung bersebelahan dengan toilet yang tak boleh guna. Dia orang cakap, toilet tu berhantu! HAHAHA! Nina, do you remember?



Ini gambar di zaman "Angin bayu membelai diriku~~~" HAHAHAH! Waktu ni, I think, masa semester akhir kot. Sebab kelas tengah ada parti. Kan masa sekolah rendah dulu selalu buat parti akhir semester. Kerusi & meja di susun keliling kelas. Pastu mesti bahagian tengah tu ada 4 or 6 buah meja untuk letak makanan. Lepas tu ada ruang luas sikit untuk siapa2 yang nak buat pertunjukan kelas. EHEHEHHEEEE~! Kami lah tu! *buat muka gedik* LOL!

Kemudian ada gambar ni pula. Gambar kenangan paling manis masa sekolah rendah dulu. Ini geng2 Backstreet Girls tau! HAHAHAHAHAH! Setiap kali Talentime or Hari2 celebration, kita orang mesti group pertama yang selalu daftar nama dulu. Gila poyo! Perasan celebrity lagi! *tampar muka sendiri yang perasan tahap kambing beranak*



Yang si kembar dua orang kat depan tu menyibuk je. Nak jugak join ambil gambar. Konon style la ambil gambar dengan kakak-kakak senior. BUAHAHAHHAHA!!! And by the way, this picture was taken after we rehearsed BSB's "Everybody Backstreet's Back" dance. Kan dah kate, kami ni Backstreet's Girls! *sila beri tendangan maut tahap cimpanzi menetas*

*Tarik nafas dalam dalam lalu lepaskan selepas tepat 3 minit*

Bila tengok balik gambar-gambar lama ni, kadang kadang tu macam rasa sayu pulak. Mana semua kawan kawan ni pergi? Dah kawen? Dah beranak 5 ke? A few je yang jumpa balik. Itu pun tak jumpa face to face. Dalam facebook la. Friendster ke, Myspace. Apa apa lah!

Tapi yang pasti, i had lost contact with most of my primary school friends. Sedih pun ada. Bila terkenang balik, we used to be so closed. Dah macam adik beradik.

Tapi...takde pun... *sedih*


TAHNIAH KERANA MEMBACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! LOL!

2 comments :

Nina said...

Eh, mesti igt. X boleh lupa! 3T kelas paling atas, sakit badan nk naik everyday. Haish.. Dah lah toilet x leh pki, kne turun bwh sekali. Smue toilet kat sekolah tuh mmg berantu kononnye.

Mmg kte slalu sgt buat concert kan? I wonder classmates kita menyampah tgk kite2 yg perasan best (walaupon mmg best, muahahaha)

Gambar saya x de plak eh? Hik hik!

aidateddy said...

ROFL!! Kita MEMANG BESSSTTT!!!! LOL!!

gambar kamu tiada dalam koleksi lah~~ gambar2 kat atas ni pun, siti syakirah yang bagi~ eh? igt die tak? hehheheee~ XD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts