4 jam dalam kereta. Bontot pun sangat sakit. All the way dengar mp3 je from henset. Kemudian tido, tido & tido. Bila bukak mata, abah berhenti dkt R&R. nak buat bisnes kecil kecilan. Kemudian sambung roadtrip. Tido balik. Sebab malam semalam tido lambat. Tapi hari ni kene bangun awal pulak. Waktu tido yang tak cukup.
Bila bukak mata lagi, dh sampai Kemaman rupanya. Boley nampak pantai. Pokok kelapa pantai yang sangat tinggi. Rumah2 nelayan. Tapi heran. Rumah kampung atas yang pendek. Macam boley nampak rumah2 kat situ semuanya katik2 & kontot2. Sungguh amusing! ahahaha! Tapi chantek! sgt classic!
Bile tibe2 abah stop tepi jalan sebelah kedai makan, dh dpt agak yang kali ni berhenti untuk makan lunch. Sebab semua pun dah lapar. Orang2 kedai mcm excited bile nampak tourist macam kami turun ke kedai beliau. Tapi tak jadi excited bile mama & abah mula speaking pantai timuran. Sungguh tak kelakar.
Dalam menu ada tulis Keropok Lekor salut tepung. Wah! Sangat jakun. Kemudian kami order satu pinggan. Lalu makan.
Alangkah terkejutnya kami.
Sebab sungguh sedap!
Sungguh lembut!
Sungguh ridiculously delicious!
Jadi order lagi satu pinggan. Sebab abg cakap "tak cukup ni,"
Lepas lunch, kami sambung roadtrip ke Kerteh. 45 minit kemudian baru sampai. Kami terus tolong apa yang patut. Packing telur. Menyibok kat dapor. Aktiviti merasa makanan. dan juga tengok pelamin dan bilik pengantin juga baju sambil meng "Wah! Wah!" apa yang patut.
Petang tu baru pergi check-in ke tempat penginapan. Sgt tak best. Air-cond yang sungguh ol'skool. Kencing tak berhenti. Meja make-up pun dah crooked. Takde extra bantal. Takde pinggan, sudu, garpu kat kitchen. And takde room service? wth?!
Chalet burok di Pangkor waaay better!
Oh! Tapi tahukah kalian, Kerteh jga di kenali sebagai Planet Alien?
Oil plantation sgt chantek. sungguh teruja utk di lihat. Lampu2 merata. Api sgt besar. Baru realise itu plantation kepunyaan Petronas. uwaaah! jakun lagi.

"Dilarang Mengambil Gambar di dalam Kawasan Ini".
Ambil jugak! Sebab technically dlm kereta. So obviously bukan dalam kawasan. Tapi gambar tak cantik sebab kereta bergerak. Jadi pinjam gambar org lain dan upload.

Tapi kalau hari siang sungguh tak cantik. Sebab kelihatan seperti ini.

Tapi kemudian macam rasa hairan kenapa tak boleh amek gambar dlm kawasan. Adakah betul ada Alien? Jeng jeng jeng...! XD
Gambar2 dipinjam dari Warith Muhammad's & Ng Richard's flickr album. Thanks a million. Gambar anda sangat chantek.
No comments :
Post a Comment